Sunday 15 January 2017

RESEPI SEDAP NUGGET AYAM BERKHASIAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini kak zura nak kongsikan resepi nugget sedap dan simple. Siap dalam masa hanya 30 minit sahaja. hANYA 10 step untuk hidangan nugget sedap ini. 

Nugget ini sangat berkhasiat. Sesuai untuk anak yang tidak suka makan sayur. 

Bagi ibu-ibu yang dalam dilema, dimana anak-anaknya suka beli nugget pasar malam boleh lah buat sendiri nugget dan simpan di dalam peti sejuk. nak makan tinggal goreng je. 

Rasa ayam sebenar, Crunchy, healthy, tiada bahan pengawet dan mudah untuk dihidangkan. korang WAJIB cuba resepi sedap ini. 


Jom kita lihat resepi sedap ini. 




1. Ambil isi ayam. Basuh dan toskan.


2. Lobak merah dan daun sup dipotong ikut kreativiti.


3. Kisar isi ayam. Kisar lobak merah dan daun sup. Campurkan sekali dalam isi ayam dan sayur yang telah dikisar. Sesuai untuk anak yang fobia sayur. Kisar semua. confirm mereka tak nampak.


4.Letakkan sedikit garam.


5.Letakkan sedikit tepung. Jangan banyak sangat. Nanti keras dan nugget menjadi macam getah skrap.


                                       6. gaul adunan sehingga sebati. setelah itu, buat  bentuk mengikut kreativiti sendiri. 


7. Celupkan nugget yang telah dibentuk ke dalam telur.


8. Celupkan nugget ke dalam serbuk roti.


9. Goreng nugget dengan api sederhana bagi mengelakkan nugget menjadi rentung.


10. Taaaa...daaaaa...siap. Nugget yang sedap dan mencair di mulut.


Tengok tu... macam nugget beli di pasaraya. tak nampak sayur pun kan. Rasanya sangat sedap dan pastinya anak-anak anda menyukainya. Lazat. Rangup diluar dan mencair di mulut. 

SELAMAT MENCUBA



















4 comments:

  1. perghhhh.. sedapnya.. huhu.. kna try masak ni.. hehehehe :D

    p/s : hi... sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye dan tinggalkan komen seikhlas hati.. :D ty..

    Kenapa Allah Ciptakan Neraka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi kunjung blog saya. nanti saya follow yea...

      Delete
  2. Replies
    1. cubalah ninamirza. cepat je siap & senang dimakan

      Delete


Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved| Design by Pawona Kreatif