Monday 22 August 2016

APAKAH YANG DIFAHAMKAN TENTANG CANTIK

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua wanita-wanita cantik. Saya percaya semua wanita dilahirkan cantik dan sempurna. Jadi anda kena yakin tau bahawa semua wanita yang membaca blog saya ini semuanya cantik-cantik termasuklah penulisnya. Kita kena puji diri kita setiap hari sebagai permulaan hari yang baik untuk tampil dengan lebih yakin dan elegan. 

Saya selalu tanya suami saya, cantik bagi pandangan mata lelaki. Cantik yang bagaimana lelaki suka tengok pada wanita. Jawapan dia, sangat simple "cantik itu very subjektif ". Betul juga kan. Cantik tak boleh diukur dan apa yang pastinya semua wanita sangat sukakan benda yang cantik. Kecantikan dan perempuan seperti tidak dapat dipisahkan. Ini adalah kerana sifat lumrah perempuan itu sendiri yang dianugerahkan kecantikan, dan yang menyukai kecantikan. Boleh dikatakan hampir semua perempuan sentiasa mementingkan kecantikan, baik kecantikan luaran mahupun dalaman. Mereka lebih prihatin jika dibandingkan dengan lelaki. Kecantikan bagi perempuan penting supaya kekal menawan, anggun dan menjadi tarikan. 



Pernah tak dengar orang selalu kata, 'dia cantik mesti hatinya baik.  Setuju ke? Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Tapi bagi saya tidak semestinya dia cantik hatinya baik. Ada juga mereka yang merasakan diri mereka tidak cantik tetapi hatinya baik dan ada juga orang yang cantik tetapi hatinya tidak baik. Jadi betullah ungkapan cantik itu 'very subjektif' ' kata suami saya. Walaupun saya tidak cantik pada pandangan orang tapi saya cantik pada pandangan dia. Kita tak boleh hina....owh dia tak cantik pun, jika kita hina maknaya kita menidakkan ciptaan Allah terhadap makhluknya. Jadi kita wanita, perlulah kita hargai apa yang dianugerahkan oleh Allah. Allah sebaik-baik pemberi. 


SIFAT-SIFAT KECANTIKAN WANITA YANG MENARIK PERHATIAN LELAKI

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih terhibur.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti dulu persoalannya.

3.Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah ada ramai anak. 

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sam ada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona. Inilah sifat seorang wanita yang sempurna kerana rupa bukan segala-galanya.


10 TIPS KEKAL CANTIK & BERKEYAKINAN SETIAP HARI



1. MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT DENGAN BERDETOX





2. SENAMAN 3 KALI SEMINGGU





3. BERSIHKAN MUKA SEKURANG-KURANGNYA 3-5 KALI SEHARI. JANGAN TUTUP CELA DENGAN MAKE-UP YANG TEBAL.





4. MINUM AIR KOSONG 3L SEHARI







5. JANGAN TINGGALKAN MULTIVITAMIN





6. AMBIL DOS VITAMIN C YANG MENCUKUPI





7. DAPATKAN REHAT DAN TIDUR YANG CUKUP





8. MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT





9. HADKAN PENGAMBILAN SNEK YANG LEBIH KANDUNGAN MSG





10. BERSOSIAL DI TEMPAT AWAM SUPAYA LEBIH BERKEYAKINAN






SALAM SAYANG DARI KAKAK CANTIK
















NUR AZURA  BT MOHAMAD YUSOP

011.1075.3394

SID 1211475




MENGAPA SAYA YAKIN & BERTAMBAH SAYANG PADA SHAKLEE

Salam ceria & salam penuh kasih sayang.  Saya doakan semua pembaca yang sudi berkunjung di blog saya ini sentiasa dalam lindungan-NYA dan rahmat-NYA. Entri saya pada kali ini ialah menyentuh tentang mengapa saya yakin dan semakin bertambah sayang pada Shaklee

Saya mula mengenali Shaklee pada September 2015. Saya berjinak-jinak dengan Shaklee melalui projek 'The Walking Beauty' iaitu satu projek buka Spa tanpa kedai. Saya sememangnya berminat dengan dunia kecantikan dan atas sebab itu saya join Spa ini tambahan pula boleh memberi pendapatan sampingan kepada saya. 

Bertitik tolak daripada Projek inilah menjadikan saya bertambah yakin dan sayang pada Shaklee. 

Korang nak tahu kenapa ? 

SEBAB PALING UTAMA  ialah Shaklee Effect yang betul-betul memberi kesan kepada saya, suami, anak dan paling menakjubkan kesan terhadap ibu saya yang juga penghidap Diabetis tegar. 




 SHAKLEE EFFECT

SHAKLEE telah memberi kesan dalam hidup saya, keluarga dan orang sekeliling saya. Sebelum terlebih dahulu menguji diri dan keluarga saya keberkesanan Shaklee sebelum saya cadangkan kepada orang lain. Matlamat utama saya memberikan Suplemen terbaik untuk keluarga saya sebab saya tahu keasliannya. 

  • #SHAKLEE EFFECT 1 :  KESAN PADA DIRI SAYA SENDIRI
#ShakleeEffect pada diri saya sendiri ialah saya mempunyai masalah kulit berjerawat yang agak teruk. Pelbagai jenis produk saya dah cuba tapi tidak berkesan. Saya pernah pergi mendapatkan rawatan di New York Skin Care dengan melibatkan jumlah kos yang sangat besar. Tapi kesannya menghampakan dan tiada pulangan wang jaminan sebab muka saya tiada perubahan langsung. Seterusnya saya pernah mencuba Produk Healin Gamat Mira Set, tapi sama juga dan lebih teruk lagi apabila jerawat tumbuh bagai cendawan subur. Selepas itu saya mencuba Mary Kay. bulan pertama nampak kesan, bulan kedua bertambah baik dan saya jadi sangat exited. masuk bulan ke 5 menggunakan Mary Kay muka saya jadi macam terbakar dan kemerah-merahan. Jeragat mula naik di bahagian bawah mata. Aduhai....kadang-kadang stress juga tau dibuatnya sebab produk yang saya guna boleh dikategorikan sudah mempunyai jenama. Habis duitku melayang. 

Tapi selepas saya menggunakan Shaklee, segala-galanya berubah sedikit demi sedikit. Peringkat awal saya mencuba vitamin terlebih dahulu. Saya ambil Vitamin C dan Vitamin E untuk kulit. Set penjagaan wajah saya menggunakan Set Nutriwhite kongsi sekali dengan Spa punya. Jimat kan boleh kongsi pulak dengan Spa punya. Shaklee adalah produk 100% Natural, jadi kesannya bukan drastik. Proses keberkesannya agak lambat tetapi berkekalan dan berpanjangan. Selepas itu saya mencuba pula vitamin-vitamin lain dan wow menampakkan kesan pada perubahan diri saya. Saya juga sertai #ProgramDetox. Melalui Program detox inilah,  saya bertambah jatuh ciinta dengan Shaklee. Berat badan saya turun mendadak dengan HANYA mengikuti Program detox.





  • #SHAKLEE EFFECT 2 : KESAN KEPADA SUAMI SAYA
Suami saya mempunyai masalah migrain yang teruk. Bila dia migrain saya akan menangis kerana dia sakit yang teramat sangat sampai nak hantuk kepala kat dinding untuk meghilangkan kelegaan. Biasanya 2 minggu sekali memang dia akan kena migrain. Sebelum ini, hanya bergantung kepada klinik. susah jugak tau saya nak pujuk dia mencuba #SetMigrain Shaklee. Dia memang tak berapa percayakan vitamin dan dia tak suka nak makan ubat. Setelah saya yakinkan dia dan saya pujuk dia, alhamdulillah dia bersetuju nak cuba set Migrain. Kesannya sangat positif, suami dah jarang sakit kepala. Alhamdulillah dia sendiri yang perasan perubahan sakit kepalanya semakin berkurangan. Sehingga ini, dia konsisten makan set migrain  #VitaminC, #Bcompleks dan #Alfalfa. Apabila dia rasa keberkesannya dia jadi exited, dia tanya saya ada tak untuk tenaga, otot, penjagaan wajah dan macam-macam lagilah. Sekarang dia kongsi vitamin dengan saya, apa saya makan dia nak makan. Mungkin dia juga perasan perubahan saya. 



Suami saya semakin sihat dan lebih bertenaga. Saya perlu menjaga kesihatan dia kerana dialah ketua keluarga dan dialah pemberi nafkah kami. Jika dia tidak sihat bagaimana dia nak menjalankan tugas dengan baik. Maklumlah umur dah meningkat, sedikit sebanyak ada penyakit yang nak melekat.

  • #SHAKLEE EFFECT 3 : KESAN KEPADA ANAK SAYA
Effect terhadap anak paling terkesan dihati saya. Rasa bersyukur pada Allah kerana asbab Shaklee ini kehidupan anak saya lebih sihat sekarang. Sebenarnya Naufal lahir tak cukup bulan, hanya 28 minggu. seluruh sistem badannya belum lengkap lagi. tambahan pula doktor sendiri mengesahkan yang anak saya 50/50 untuk hidup.

Berkat doa kami sekeluarga, Naufal dapat boleh hidup dan membesar seperti kanak-kanak lain. Proses nak membesarkan Naufal penuh cabaran dan kesabaran. Naufal selalu sakit. kerana menurut doktor, baby yang lahir pra matang akan mempunyai masalah kesihatan disebabkan antibodi yang tidak cukup kuat. Kami ada panel pakar sendiri untuk anak kami. Dalam sebulan 2/3 kali Naufal perlu berjumpa doktor. Dia juga mempunyai masalah pernafasan. Menjaga baby pramatang sangat-sangat rumit dan perlukan penjagaan rapi.  Selepas saya mengamalkan #set kanak-kanak Shaklee untuk dia, tempoh ke klinik berkurangan dan Naufal menjadi lebih sihat. Alhamdulillah. #Nutriferon memang superb.

Mengapa saya kata superb ?  superb sebab anak saya hanya sekali sekala sahaja terkena demam dan jika demam, selsema dan batuk pun hanya dua tiga hari sahaja. Berikut saya share link nutrisi lengkap untuk si Manja dan khasiatnya untuk anak. Nutriferon adalah penggalak antibodi semulajadi untuk anak saya. pengambilan awal perlu untuk protect anak saya daripada penyakit. musim jerebu kuat, relaks je dia. 

http://nurazurayusop.blogspot.my/2016/06/nutrisi-lengkap-untuk-si-manja.html



Video Naufal semasa di NICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru


Inilah buah hati saya Naufal yang manja. Sentiasa riang gembira dan manja. Antibodinya cukup kuat untuk melawan penyakit. 


  • #SHAKLEE EFFECT 4 : KESAN KEPADA IBU SAYA
Sebagai seorang anak, tiada lebih menggembirakan saya apabila melihat ibu dan ayah sihat di depan mata. Setelah saya rasa kesannya terhadap saya, suami dan anak, saya bertekad untuk memberi ibu mencuba #Set Diabetis. Saya bimbang kesihatan ibu kerana ibu adalah penghidap diabetis selama 30 tahun. tempoh yang terlalu lama menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan yang mengganggu ibu. Diabetis menyebabkan mata ibu kabur, otot-otot tidak kuat, keletihan, penurunan berat badan yang mendadak dan kurang selera makan. 

Bonus pertama, saya menghadiahkan ibu Set Premium Diabetis. Saya mintak ibu ikhtiar kerana selama ini hanya bergantung insulin dan ubat sintetik. Ibu saya penghidap diabetis tegar. Bacaan gulanya antara 15-30 mmol/l. 

Apabila ibu memaklumkan khabar berita gembira ini pada saya, saya menitiskan air mata. Semasa ibu menelefon saya, dia sangat sebak, dia memberitahu saya yang bacaan gulanya terus ke paras normal dan medical Check-upnya cantik. Tiada apa yang boleh saya ungkapkan untuk melihat kesihatan dan kebahagiaan ibu. Ibulah orang yang paling banyak berkorban dan sekarang tibalah masanya saya ingin membalas jasa ibu. 


Inilah ibu saya, Mahani Ahamad. Berusia 63 tahun. bonus untuk ibu saya tau. Nak tahu sebab apa? Ibu saya makan #VIVIX untuk diabetis dan bonus yang ibu dapat ialah dia kelihatan lebih muda dan cergas kerana salah satu fungsi Vivix ialah menggalak penuaan yang sihat. Vivix memperbaiki sel hingga ke DNA. Sel yang sihat akan menggalakkan penuaan yang sihat dan menampakkan lebih muda.



Ini ialah kad Klinik ibu. Walaupun ibu mula mengamalkan Shaklee, ibu tetap pergi ke klinik untuk cek tahap kesihatan dan nasihat doktor.  Bacaan gula ibu menunjukkan kadar perubahan yang cantik. Gula dalam Urin ibu juga berkurang dari 3+ kepada 2+ dan seterusnya negatif. Protein dalam Urin juga pada 22/3/2016 ( 1+ ) berubah kepada negatif.  Ya Allah betapa syukurnya aku dengan perkhabaran dan kesihatan ibu Ya Allah. 

Kini terbuktilah mengapa hanya Shaklee menjalankan LANDMARK STUDY  untuk produknya. Landmark Study ini dikaji oleh pihak ke 3 iaitu Prof Glady Block ( Pencipta piramid makanan yang digunakan diseluruh dunia)  Landmark Study menunjukkan sesiapa yang consume Shaklee , menunjukkan tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak mengamalkannya. Kajian ini memang terbukti apanila ibu saya sendiri menjadi testimoni saya. 


Alhamdulillah. Selain mengamalkan suplemen Shaklee, Ibu juga menjalankan rutin harian seperti biasa. Ibu pergi ke Klinik kesihatan mengikut temujanaji, Ibu juga mengamakan diet yang seimbang mengikut jadual, dan ibu juga melakukan senaman. Saya buatkan jadual untuk ibu. Ibu seorang pesakit yang mendengar kata. Dia mengikut lengkap jadual vitamin dan pemakanan yang saya buat untuknya. KINI pada 276/72016 bacaan gula ibu 3.9. Kena percaya sebab ini adalah rekod doktor. Syukur Ya Allah.


Selain kesannya terhadap keluarga saya, Shaklee Effect juga turut dirasai oleh customer-customer Spa saya. Saya menggunakan 100% produk Shaklee untuk Spa saya. Kebiasaannya, customer yang buat spa akan berpuas hati dan akan repeat booking slot spa. Setakat saya membuat Spa ini, belum ada yang membuat aduan mengenai kerosakan muka mereka. 98% semunaya berpuas hati dan muka mereka menjadi lembut dan licin. 








Bukan sahaja Customer Spa malah customer yang mengamalkan vitamin juga memberi komen yang sangat-sangat positif.









Mencegah lebih baik daripada merawat. dengan keadaan dunia yang kian tercemar, badan kita perlukan vitamin dan mineral untuk sokong sistem pertahanan tubuh badan kita. Tukar Brand anda dan segala-galanya akan mengubah kehidupan anda. Shaklee sememangnya memberikan #LiveAmzing dalam hidup saya. Bertukarlah kepada Produk yang lebih berkualiti dan terjamin keselamatannya. Saya pilih Shaklee, Bagaimana dengan anda ? 


SALAM SAYANG, 
















NUR AZURA  BT MOHAMAD YUSOP

011.1075.3394

SID 1211475




Sunday 14 August 2016

TIPS SENTIASA KONSISTEN MAKAN VITAMIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya nak kongsikan tips nak konsisten makan vitamin. Ada yang cakap saya mula-mula je makan vitamin, lepastu culas makan. Ada juga yang cakap, owh saya terlupa la.  Konsisten terhadap sesuatu apa yang kita buat akan menampakkan kesan yang superb. Buat sesuatu perlulah istikomah untuk hasil yang baik. Nak sihat dan cantik tak ? kalau nak, kenalah konsisten setiap masa. 

BAGAIMANA NAK KONSISTEN YE ?

1. Set alarm clock setiap hari waktu bila perlu makan.




2. Sediakan dispenser vitamin yang diperlukan sehari supaya mudah dibawa ke mana-mana.


3. Buat note pada kertas " sudahkah anda makam vitamin anda pada hari ini"


Tulis besar-besar dan jelas. Tampal pada laluan anda kerap keluar masuk.

4. Pastikan bekalan mencukupi. Set bilangan makan sehari supaya cukup setiap bulan dan tidak terputus.



Inilah yang saya buat supaya saya tak lupa . Konsisten dalam apa jua tindakan akan menampakkan keberkesanannya . Jika anda berminat dengan vitamin bolehlah menghubungi saya untuk saya cadangkan set terbaik untuk anda. 

~ selamat mencuba ~



SALAM SAYANG, 
















NUR AZURA  BT MOHAMAD YUSOP

011.1075.3394

SID 1211475



RAKAN VITAMIN  ANDA

Friday 5 August 2016

KEPENTINGAN KALSIUM DAN BAGAIMANA OSTEMATRIK BOLEH BANTU


Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang khas buat pengunjung blog yang dikasihi dan dirahmati.  Topik menarik yang saya akan kongsikan pada hari ini ialah tentang Kalsium. Ramai sebenarnya tak sedar yang diri mereka kekurangan kalsium. Mereka nampak sihat, cergas dan aktif tetapi tubuh badan mereka kekurangan kalsium sebenarnya. Jadi mereka ambil ringan tentang kalsium dalam tubuh dan ada segelintir pandang remeh tentang kepentingan kalsium dalam badan.



APA ITU KALSIUM?

Kalsium penting dalam kehidupan seharian kerana kalsium adalah mineral yang sangat penting bagi tubuh kita. Kalsium memegang peranan penting untuk keseimbangan tubuh dan kesihatan.

KORANG TAU TAK?  tubuh kita memerlukan 99% kalsium untuk keperluan tulang dan gigi. Kalsium sangat diperlukan untuk proses motabolisme dalam badan, kefungsian jantung, pergerakan otot, membekalkan tenaga, membantu proses kehamilan, mempercepat pembekuan darah, dan mengaktifkan sistem pertahanan tubuh. 

Apabila mencapai  umur 20 tahun, tubuh manusia akan mulai mengalami kekurangan kalsium sebanyak 1% per tahun dan apabila mencapai umur 50 tahun, jumlah kandungan kalsium dalam tubuh akan menyusut sebanyak 30%. Kehilangan kalsium akan mencapai 50% ketika mencapai umur 70 tahun dan seterusnya mengalami masalah kekurangan kalsium secara berperingkat setiap pertambahan usia.



PERANAN KALSIUM DALAM KEHIDUPAN

Kalsium dan Jantung

Jika kita lihat ke dalam sel otot jantung, kita akan melihat ketika kalsium masuk ke dalam sel, mineral ini akan mengaktifkan protein yang menyebabkan gerakan dari otot jantung, dan ini membuat otot jantung mengempis dan mengembang terus-menerus dan membuat kita tetap hidup, sehingga apabila kekurangan kalsium akan melemahkan otot jantung yang mengakibatkan penyakit jantung. Kajian membuktikan ketika kita memberikan ion kalsium kepada jantung yang lemah, jantung secara bertahap akan mendapatkan kembali tenaga. Sehingga ini menunjukkan betapa pentingnya kalsium dalam menjaga degupan jantung.



Kalsium, Gairah seksual, kesuburan

Dalam proses pensenyawaan, sperma bergerak ke ovum dengan energi yang diberikan oleh kalsium. Para ilmuwan terpegun mengetahui bahwa ternyata komponen kalsium berada di ujung depan sperma dan kalsium inilah yang membantu masuk ke membran sel telur. Ketika sperma mencapai sel ovum, maka fertilisasi (pensenyawaan) terjadi. Selanjutnya kalsium juga berperan menciptakan calcium vibration (getaran kalsium) yang merangsang ovum untuk mampu terjadinya pembuahan (fertilisasi). Jangan pandang remeh pada kalsium. Kalsium juga membantu dalam menjamin kesejahteraan hubungan intim. Kalsium menggerakkan otot-otot dengan lebih aktif dalam badan untuk berfungsi dengan lebih baik.

Kalsium, Ibu hamil, dan pertumbuhan bayi dan anak

Kalsium mempunyai peranan yang sangat penting bagi pertumbuhan bayi dalam rahim serta masa pertumbuhan anak-anak. Bayi atau anak yang kekurangan kalsium akan terbantut pertumbuhannya, daya tahan tubuh lemah, bahkan mempengaruhi kecerdasannya. Oleh sebab itu, ibu hamil dan menyusui sangat perlukan kalsium.

Nak tahu tak?, Saya pernah tanya mak saya,

"mengapa mak pakai gigi palsu", jawapan mak "ye lah korang semua dah ambil semua zat mak" masa tu saya tak terfikir pun lagi tentang kalsium, apabila mempelajarinya, barulah saya teringat apa yang pernah emak cakap kepada saya. Owh tidak!!! sememangnya gigi yang kuat dan tulang yang mampat memerlukan kalsium secukupnya.



Kalsium, kram, sakit otot, sakit pinggang dan sakit-sakit badan

Semua otot- otot kerangka digerakkan oleh ion kalsium yang ada dalam tubuh.  Kalsium membantu pergerakan otot. kalsium yang cukup akan masuk melalui sel-sel darah dan digunakan untuk mengaktifkan otot-otot tulang. Kepadatan kalsium memberi kekuatan pada tulang. Jika kekurangan kalsium, otot menjadi lemah, tulang rapuh dan kurang tumpat.



Kalsium dan Diabetes

Diabetes (kencing manis) sangat-sangat memerlukan kalsium, ini kerana enaga penghidap kencing manis akan berkurang setiap hari. Kekurangan kalsium memperkuat gejala diabetes. 60% penderita diabetes menderita osteoporosis. Oleh sebab itu,  kekurangan kalsium juga merupakan masalah serius bagi penderita diabetes. Penderita diabetes harus memberi perhatian lebih pada penyediaan kalsium melalui makanan atau sumber lain, untuk mengembalikan fungsi  vital organnya, terutama pankreas.


Kalsium dan sistem pertahanan tubuh secara maksimal

Ketika kuman asing, virus, racun atau serangan penyakit masuk tubuh, sistem pertahanan tubuh (immune system) bereaksi sebagai pelindung dari penyerang dan menolak radikal bebas yang masuk. Kekurangan kalsium menyebabkan sistem pertahanan akan kacau, dan mengakibatkan beberapa masalah kulit seperti : scabby skin (kulit bopeng), dermatitis (radang kulit) acne (jerawat) dan juga rematik. Suplemen kalsium akan meningkatkan fungsi sistem kekebalan tubuh, dan mempunyai kesan penyembuhan (curative effect) terhadap penyakit tersebut. Kalsium juga melindungi kulit dan meningkatkan pertumbuhan.


Kalsium dan darah tinggi

Arteriosclerosis (penyempitan pembuluh nadi) mengakibatkan pembuluh mengental dan mengeras serta kehilangan elastisitas, dan akhirnya mengurangi arus darah. Ini diakibatkan oleh zat lemak yang bergumpal dan menutup aliran darah.  Arteriosclerosis (penyempitan pembuluh nadi), merupakan penyebab utama terjadinya tekanan darah tinggi, dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah jantung dan otak, ini sangat membahayakan kesihatan kita.



KEKURANGAN KALSIUM

Antara penyakit yang disebabkan kekurangan kalsium.:

1. Bone Growth (Pertumbuhan Tulang)
2. Reast Cancer (Kanker Payudara)
3. Cancer (Kanker)
4. Cardiovascular Disease (Penyakit Tulang)
5. Cataracts (Katarak)
6. Cirrhosis Of The Liver (Liver)
7. Colon Cancer (Kanker Usus)
8. Constipation (Sembelit)
9. Crohn’s Disease
10. Diabetes (Kencing Manis)
11. Kecanduan Obat
12. Depression (Depresi)
13. Dry Eye (Mata Kering)
14. Emphysema (Penyakit pada Paru-paru)
15. Epilepsy (Ayan)
16. Chronic Fatigue Syndrome
17. Abromyalgia Syndrome
18. Gallstobes
19. Gangrene (Kelemayuh)
20. Gout (Asam Urat/Encok)
21. Hay Fever
22. Headeches
23.Heart Attack (Jantung)
24. Hepatitis
25. Hiatal Hernia
26. High Cholesterol
27. Hyperactive (Hiperaktif)
28. Hypertension
29. Insomnia (Susah Tidur)
30. Irritable Bowel Syndrome
31. Kidney Stones
32. Lactose Intolerance
33. Lumbago
34. Lupus
35. Measles
36. Menopause
37. Migraine Headache
38. Mitral Valve Prolapse
39. Mononucleaosis
40. Muscle Cramps (Kram)
41. Osteoarthritis
42. Osteoporosis
43. Pancreatitis
44. Panic Attack
45. Peridontal Disease
46. PMS (Plolycystic Ovary Sydrome)
47. Prolapse Of The Uterus
48. Raynaud’s Phenomenon
49. Restless Legs Syndrome (RLS)
50. Reumatic Fever
51. Schizophrenia
52. Seizures
53. Shingles
54. Stress
55. Stroke
56. TMJ Syndrome
57. Ulcerative Colitis
58. Ulcer
59. Yeast Infection
60. Maag/Lambung

Tanda-tanda Kekurangan Kalsium

  • Kerap sakit gigi
  • Gusi Berdarah
  • Kejang Otot
  • Rambut kasar
  • Tumit pecah/ kasar
  • Kuku rapuh
  • Kebas kaki dan tangan
  • Kulit kering

Kalsium yang diperlukan bagi manusia dalam sehari
  • Bayi < 6 bulan = 400mg/hari
  • Bayi 6 bulan – 3 tahun = 600mg/hari
  • Usia 3 – 10 tahun = 800mg/ hari
  • Usia 10 – 13 tahun = 1000 mg/hari
  • Usia 13 – 16 tahun = 1200 mg/hari
  • Pekerja  = 1000mg/hari
  • Ibu hamil dan menyusui = 1200mg/hari
  • Wanita menopos = 1200mg/hari
BAGAIMANA OSTEMATRIK MEMBANTU DALAM MEMBEKALKAN KALSIUM YANG SECUKUPNYA DIPERLUKAN OLEH BADAN

Terdapat banyak jenis Kalsium dipasaran tetapi pemilihat kalsium yang selamat dan berkualiti adalah penting. Salah satu produk Shaklee yang membekalkan kalsium dan miniral secukupnya ialah Ostematrik. 

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen, sementara magnesium perlu untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium di dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga membantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optimum adalah penting bagi mendapatkan kesihatan yang menyeluruh. 


Apa pula Kandungan dalam Ostematrik Shaklee

  1. Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap
  2. Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
  3. Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium
  4. Boron - Bantu dalam metabolisme tulang
  5. Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang  

Manfaat Ostematrik
  1. Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
  2. Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
  3. Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
  4. Meringankan stress
  5. Menstabilkan tekanan darah
  6. Melegakan sakit ketika haid
  7. Membantu dalam masalah gastrik
  8. Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
  9. Mengurangkan risiko praeklampsia
  10. Membantu mengurangkan sakit belakang
  11. Mengurangkan risiko osteoporosis
  12. Membantu mengurangkan kebas dan sesemut
  13. Membantu melegakan sembelit
  14. Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
  15. Membantu masalah kolestrol
  16. Menggalakkan kulit yang cantik
  17. Melegakan sakit-sakit sendi
  18. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  19. Membantu melembutkan najis
  20. Membantu mengatasi migrain
  21. Membantu masalah buasir
Perkara menarik mengenai OSTEMATRIK
  • Ianya sangat mudah ditelan kerana bersaiz kecil dan disalut licin , dan ia juga memberi alternatif kepada mereka yang tidak menyukai susu sebagai sumber kalsium.
  • Tidak berbau
  • Tidak mempunyai rasa
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Siapa yang sesuai mengambil OstematriK
  • Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat
  • Mereka yang tidak suka minum susu, jadi boleh ambil ostematrix
  • Ibu menyusu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu
  • Ibu Mengandung
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit
  • Mereka yang mengalami masalah tulang/sendi
  • Mereka yang kerap lesu/letih
  • Mereka yang selalu kekejangan otot

Badan kita perlu memiliki kalsium yang secukupnya untuk ketumpatan tulang yang mampat, anda harus mencuba Ostematrik ini. Kesannya sangat superb bagi pengamal Ostematrik. Diuji secara klinikal, tidak menyebabkan baru karang kerana ostemmatrik adalah kalsium yang diserap di dalam darah dan digunakan sepenuhnya oleh tubuh untuk proses pembentukan otot-otot keras dalam badan. Semakin meningkat usia seseorang, semakin berkurangan kalsium dalam tubuh. Jika kalsium tidak ditambah ke dalam badan boleh menyebabkan risiko osteoporosis dan penyakit-penyakit lain.


GAMBAR INI MENUNJUKKAN TULANG YANG NORMAL DAN TULANG OSTEOPOROSIS. TULANG NORMAL LEBIH PADAT DAN TUMPAT. TULANG OSTEOPOROSIS TIDAK TUMPAT DAN ADA LUBANG-LUBANG. 

Ostematrik adalah higly recomanded untuk kalsium dan mineral yang lengkap diperlukan oleh tubuh dan menjamin keluarga yang bahagia.





SALAM SAYANG, 
















NUR AZURA  BT MOHAMAD YUSOP

011.1075.3394

SID 1211475

RAKAN KALSIUM ANDA













Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved| Design by Pawona Kreatif