Monday 22 August 2016

APAKAH YANG DIFAHAMKAN TENTANG CANTIK

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua wanita-wanita cantik. Saya percaya semua wanita dilahirkan cantik dan sempurna. Jadi anda kena yakin tau bahawa semua wanita yang membaca blog saya ini semuanya cantik-cantik termasuklah penulisnya. Kita kena puji diri kita setiap hari sebagai permulaan hari yang baik untuk tampil dengan lebih yakin dan elegan. 

Saya selalu tanya suami saya, cantik bagi pandangan mata lelaki. Cantik yang bagaimana lelaki suka tengok pada wanita. Jawapan dia, sangat simple "cantik itu very subjektif ". Betul juga kan. Cantik tak boleh diukur dan apa yang pastinya semua wanita sangat sukakan benda yang cantik. Kecantikan dan perempuan seperti tidak dapat dipisahkan. Ini adalah kerana sifat lumrah perempuan itu sendiri yang dianugerahkan kecantikan, dan yang menyukai kecantikan. Boleh dikatakan hampir semua perempuan sentiasa mementingkan kecantikan, baik kecantikan luaran mahupun dalaman. Mereka lebih prihatin jika dibandingkan dengan lelaki. Kecantikan bagi perempuan penting supaya kekal menawan, anggun dan menjadi tarikan. 



Pernah tak dengar orang selalu kata, 'dia cantik mesti hatinya baik.  Setuju ke? Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Tapi bagi saya tidak semestinya dia cantik hatinya baik. Ada juga mereka yang merasakan diri mereka tidak cantik tetapi hatinya baik dan ada juga orang yang cantik tetapi hatinya tidak baik. Jadi betullah ungkapan cantik itu 'very subjektif' ' kata suami saya. Walaupun saya tidak cantik pada pandangan orang tapi saya cantik pada pandangan dia. Kita tak boleh hina....owh dia tak cantik pun, jika kita hina maknaya kita menidakkan ciptaan Allah terhadap makhluknya. Jadi kita wanita, perlulah kita hargai apa yang dianugerahkan oleh Allah. Allah sebaik-baik pemberi. 


SIFAT-SIFAT KECANTIKAN WANITA YANG MENARIK PERHATIAN LELAKI

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih terhibur.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti dulu persoalannya.

3.Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah ada ramai anak. 

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sam ada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona. Inilah sifat seorang wanita yang sempurna kerana rupa bukan segala-galanya.


10 TIPS KEKAL CANTIK & BERKEYAKINAN SETIAP HARI



1. MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT DENGAN BERDETOX





2. SENAMAN 3 KALI SEMINGGU





3. BERSIHKAN MUKA SEKURANG-KURANGNYA 3-5 KALI SEHARI. JANGAN TUTUP CELA DENGAN MAKE-UP YANG TEBAL.





4. MINUM AIR KOSONG 3L SEHARI







5. JANGAN TINGGALKAN MULTIVITAMIN





6. AMBIL DOS VITAMIN C YANG MENCUKUPI





7. DAPATKAN REHAT DAN TIDUR YANG CUKUP





8. MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT





9. HADKAN PENGAMBILAN SNEK YANG LEBIH KANDUNGAN MSG





10. BERSOSIAL DI TEMPAT AWAM SUPAYA LEBIH BERKEYAKINAN






SALAM SAYANG DARI KAKAK CANTIK
















NUR AZURA  BT MOHAMAD YUSOP

011.1075.3394

SID 1211475




No comments:

Post a Comment


Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved| Design by Pawona Kreatif