Monday 9 January 2017

PENGHIDAP DIABETIS TEGAR KINI SEMBUH : SIRI 2

Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang. Kak zura sambung entry kali ini dengan kisah mak yang ambil insulin untuk terus bertahan.

Ibuku terpaksa mengambil insulin. Fuhh sekali lagi dugaan. Adakah insulin ini suatu kegagalan?

Jawapannya bukan. Insulin merupakan satu pencapaian.

Ibu perlu ambil insulin kerana bacaan gula dalam darah terlalu tinggi. Pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang diperlukan oleh badan. Atas sebab itu ibu tak boleh mis ambil suntikan setiap hari.

Kami adik beradik terlopong tengok ibu suntik insulin diperut. Lagak gaya hebatnya macam doktor. sekali cucuk je. 


Mari kita fahami apa itu Insulin dan apa itu Diabetis. 

Apa itu Diabetes?

Diabetes atau penyakit kencing manis ialah satu masalah apabila tubuh badan seseorang tidak dapat menghasilan insulin, atau insulin yang dihasilkan oleh tubuh tidak mencukupi atau juga insulin yg dihasilkan tidak bekerja dengan baik. Masalah2 ini menyebabkan kadar gula dalam darah yang diterima melalui pemakanan akan meningkat kerana masalah2 insulin seperti diatas tadi.

Apa itu Insulin?

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas manusia. Insulin berfungsi dengan menukar glukos/gula yang terdapat didalam aliran darah menjadi tenaga. Jadi kehadiran insulin sangat penting bagi mengawal kadar gula dalam darah kita. Insulin ini boleh dianggap seperti sebuah kenderaan yang mengangkut glukos dan glukos akan ditukarkan kedalam bentuk tenaga. Jika glukos tidak ditukar kedalam bentuk tenaga ia akan terus berada didalam darah dan menyebabkan pelbagai komplikasi.

Jadi atas sebab itulah ibuku perlukan insulin untuk menstabilkan gula dalam darahnya. Pankreas ibu tidak dapat menghasilkan insulin untuk menampung paras gula yang tinggi. Ibuku perlukan insulin dari luar untuk menstabilkan gula.

Jika tiada bantuan insulin ciptaan... kemugkinan ibu boleh pengsan, menggigil, terkena stroke dan mungkin boleh membawa maut.

Berjumpa lagi di kisah seterusnya....bagaimana ibu bertahan sebagai penghidap diabetis tegar.

Stay tune.

Hanya dia ibuku. Sayang ibu selamanya.





salam sayang,



Nur Azura bt Mohamad Yusop

011-10753394

azuraredhuan@gmail.com



No comments:

Post a Comment


Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved| Design by Pawona Kreatif