Monday, 20 February 2017

MENGAPA KITA PERLU SIHAT UNTUK CANTIK




Kita perlu sihat untuk kelihatan cantik. Pilihan cantik itu ditangan kita. Setiap wanita akan obses dengan cantik termasuk kak zura. Terbukti apabila lambakan produk kecantikan dipasaran, berpusu-pusu kaum wanita menerjah. Produk paling laris biasanya ada perkataan MURAH, PUTIH DALAM MASA SEMINGGU, 7 HARI HILANG JERAWAT, dan KULIT LICIN DALAM MASA 2 HARI.
Itulah kesilapan besar wanita apabila terlalu obses untuk cantik. Membuat keputusan drastik akibat terdesak dengan suasana persekitaran wanita mellinium yang semuanya nak cantik. Jika keluaran produk sedemikian boleh mencantikkan wanita dalam masa yang singkat, semestinya wanita satu Malaysia tidak mempunyai masalah kulit.

Menderita akibat menggunakan produk yang tiada kelulusan KKM. Wajah menjadi semakin teruk dan memerlukan masa yang lama untuk pulih. 

Berdasarkan catatan Sinar Harian 10 Jun 2013, hampir 15 juta wanita sanggup mejalani pembedahan plastik pada wajah, suntikan, penggunaan produk yang menjanjikan kesan cepat dan melakukan pengubahsuaian wajah. Ternyata wanita sanggup buat apa sahaja untuk cantik.

Wanita perlu menjalani kehidupan yang sihat untuk kelihatan cantik. Bagaimana ?

Tips untuk wanita kekal cantik secara sihat :

1. Amalkan gaya hidup sihat. Kena betul-betul sihat. Makanan segera perkara pertama kena stop. Banyak makan sayur hijau dan buah. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak. Hadkan pengambilan snek yang mempunyai pewarna tiruan dan tinggi kandungan MSG. Punca utama masalah kulit bagi wanita ialah tiada kesedaran sivik terhadap nilai gaya hidup mereka. Ini fakta KKM.

2. Bersihkan muka 3x sehari dan jangan malas melakukan aktiviti ini. Sel kulit akan mati setiap kitaran 28 hari. Jika tidak dibersihkan, sel kulit akan termendap dibahagian epidermis dan menghalang pertumbuhan kulit baru yang lebih sihat. Sel kulit mati perlu dibuang supaya dapat mengurangkan pertumbuhan jerawat dan masalah pada kulit. Pastikan anda menggunakan skin care yang bebas mercuri, semulajadi dan kandungan keselamatannya.

3. Minum air masak sekurang-kurangnya 3L sehari. Jumlah ini perlu disukat supaya anda tidak culas minum air dan pastikan ianya cukup. Tujuaanya adalah untuk menyingkirkan toksin dengan lebih cepat melalui sistem perkumuhan. Toksin yang banyak memberi tekanan kepada kulit wajah.

4. Jangan tinggal multivitamin. Multivitamin merupakan suntikan asli pada kulit. Kulit yang sihat ialah kulit yang mempunyai nutrisi vitamin yang lengkap. Multivitamin merupakan pembekal nutrisi utama kepada kulit. Multivitamin ialah makanan kepada sel, jika sel kulit diberi makanan yang baik dan sihat, sel-sel baru yang akan tumbuh akan lebih berkualiti dan sihat.

5. Tidur dan rehat yang mencukupi. Bab ini sangat penting. Habit dan trend wanita sekarang ialah tidur lewat untuk menjalankan tugas-tugas kerja rumah pada waktu malam iaitu ketika anak dah tidur. Girls, you kena prihatin terhadap diri u sendiri. Badan you nak pakai lama dan sepanjang tempoh itulah you mengorbankan seluruh kehidupan you. Tidur yang cukup sebenarnya perlu untuk memastikan kulit wajah pada tahap perlukan rehat. Pada waktu ini wajah perlukan rehat, sekiranya tidak rehat, minyak akan dirembeskan melalui T zone. Minyak berlebihan mengundang pengeluaran jerawat dan punca permasalahan kulit.

Gaiss kalau korang ada masalah kulit, rawatlah punca masalah itu. Cari punca dan selesaikan punca mengikut permasalahan. Jangan terlalu taksub dengan keluaran produk pemutih sehingga menjejaskan tahap kesihatan muka.

Rawatlah kulit dari dalam. Pulihkan sel dan struktur kulit supaya mendapat kesan yang lebih baik untuk kulit.

Cadangan suplement terbaik untuk merawat wajah yang rosak akibat bahan merkuri atau masalah kulit yang teruk seperti jerawat bernanah.

Percayalah korang perlukan suplement untuk membina semula sel yang telah rosak. Jom kita rawat kulit dari dalam dengan mengamalkan suplement shaklee.


1. ESP - Kelebihan ESP dalam dunia kecantikan ialah Kulit jadi lebih anjal dan gebu, pudarkan parut, mengawal pertumbuhan jerawat, menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut, mempertingkatkan fungsi hormon wanita, kulit jadi lebih tegang dan sihat. Sumber protein yang cukup dan asid amino membantu pertumbuhan kulit yang sihat. Sel kulit mati akan disingkirkan dan mengeluarkan sel kulit baru yang lebigh sihat. Makanan sel ialah protein, sel yang cukup protein akan tumbuh dengan sihat dan berkualiti. Penyembuhan sel dari dalam secara perlahan dan berkesan.


2.  VITAMIN C Sustain Release bertindak sebagai perlindungan daripada sinar UV, Mengurangkan kesan sunburn, membantu prevent masalah jerawat degil, tona kulit menjadi lebih sekata, Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka, mencerahkan kulit secara semulajadi, membantu masalah kulit sensitif seperti resdung dan eczema, mengatasi masalah jerawat nasi dan pasir, mengurangkan kedutan dan tanda penuaan, membantu menghasilkan kolagen dalam badan, kulit lebih glowing dan radiant. Paling best tentang vitamin C Shaklee ialah membekalkan kolagen dalam badan.



3. VITAMIN E ( GRAPE SEED ) paling owhsem tau. Vitamin paling kak zura suka. Alahai bangun tidur muka moist je macam kek choclate moist. Nak tahu apa yang bestnya Vitamin E ini?

Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas, mengurangkan parut dan masalah jerawat, manggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, mengatasi masalah whitehead dan blackhead, membantu mengurangkan eyebag, mengawal masalah kulit berminyak, mengatasi masalah jeragat, boleh buat sebagai masker dan melambatkan proses penuaan.

Selain penjagaan dalaman, penjagaan luaran juga perlu untuk mendapatkan hasil kulit yang lebih cantik dan sihat.

Cadangan Set Kecantikan luaran yang paling sesuai untuk tona kulit wanita asia ialah Nutriwhite. Tiada kesan sampingan dan sangat lembut untuk merawat kulit yang rosak.

Bagaimana Nutriwhite membantu anda kelihatan cantik dan semakin cantik KLIK NUTRIWHITE

MENGAPA SHAKLEE ? DAN BUKAN YANG LAIN

1. Mendapat kelulusan KKM. Kelulusan KKM paling susah untuk diluluskan dan disahkan. Tetapi Shaklee boleh masuk pasaran Malaysia disebabkan faktor keselamatan, kulaiti dan bahan yang terdapat dalam Produk. |Setiap produk melalui screening oleh KKM. Disitu kak zura yakin terhadap kualitinya.


Mr. Roger Barnet bersama Menteri Kesihatan
Sentiasa bersama memantau keselamatan Produk Shaklee

2. Melibatkan kajian, ujian klinikal, kualiti produk dan mempunyai kilang herba yang berkualiti. Melibatkan kos jutaan dolar semata-mata untuk mengkaji produknya.





3. Sentiasa selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam



4. Landmark Study

Siapa Yang Mengendalikan Landmark Study?

Bukan calang-calang orang yang terlibat dalam menjalankan kajian ini, tentu orang yang terbaik dalam lapangan nutrisi. Landmark study ini dijalankan oleh saintis terkemuka dari UC Berkeley, iaitu Dr Gladys Block. Dr Block telah mencadangkan kepada Shaklee untuk menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan dan keselamatan pengambilan suplemen secara menyeluruh bagi tempoh yang panjang. Kenapa beliau pun memilih Shaklee?

Ini kerana:

Reputasi Shaklee yang terkenal dengan integriti dan kualiti
Shaklee mempunyai kumpulan sasar yang bersesuaian kerana penggunanya terdiri daripada pengamal tegar yang telah mengamalkan suplemen dalam tempoh waktu yang panjang.
Apabila Dr Gladys memberikan cadangan, CEO Shaklee Corporation iaitu Mr Roger Barnett menerima dengan hati terbuka tanpa risau kerana beliau juga mahukan data saintifik untuk membuktikan Shaklee adalah produk terbaik berbanding suplemen lain.

Jika anda berminat untuk mencuba Set perawatan kulit dalaman dan luaran segera hubungi kak zura untuk dapatkan harga promosi hebat. 



HUBUNGI KAK ZURA
AZURA YUSOP
~RAKAN NUTRISI ANDA~
011.1075.3394
SID  1211475

No comments:

Post a Comment


Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse