Saturday 18 February 2017

10 PUNCA MASALAH ANGIN DALAM BADAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali untuk tips yang lebih menarik yang akan dikongsikan kepada anda. Ramai customer kak zura menghadapi masalah angin dalam badan dan diseabbakan masalah ini ramai yang mengalami kemurungan dan ketidakselesaan.

Bahayakah masalah angin ini?


Ya masalah ini membahayakan kesihatan dan boleh memudaratkan. Kak zura ingat lagi seorang sahabat kak zura, dia mempunyai angin yang sangat teruk. Lewat makan je terus berguling-guling sampai masuk hospital. Ingatkan saja-saja buat.

Tapi rupa-rupanya memang betul masalah angin ini jnika dibiarkan menjadi satu masalah yang serius. Paling seksa bila berpuasa. Pendek kata dalam sebulan adalah dalam 5 hari dia puasa. Dia nak sangat berpuasa, tapi apakan daya. Jika berpuasa memang tido hospital jawabnya.

10 Punca berlakunya masalah angin ini:


Masalah angin dalam badan ini kemungkinan juga berpunca daripada:

1. Tidur tidak pakai stokin. Angin paling mudah masuk di bahagian tapak kaki.
2. Berpantang jumpa. Selagi jumpa bedal.
3. Tidak menjaga diri dengan betul semasa berpantang bersalin.
4. Kerap tahan buang air besar atau air kecil.
5. Merokok
6. Kurang tidur
7. Selalu lambat makan dan makan bukan ikut waktu.
 8. Persekitaran dan udara kurang sihat.
9. Stress
10. Banyak toksin dalam badan.

10 Cara merawat masalah angin dalam badan:

Terdapat beberapa cara rawatan bagi masalah ini. Seseorang penghidap perlu menukar jenis pemakanan seharian mereka, pengambilan ubat-ubatan dan mengurangkan menelan udara.

1. Menukar jenis makanan Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Pesakit perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman yang dilalui. Sekiranya makanan tersebut telah dapat dikenal pasti, hindarkan makanan tersebut.

2. Ubat-ubatan Ubat-ubatan seperti antasids, simethicone dan activated charcoal yang boleh didapati di farmasi-farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang makan makanan yang biasanya menghasilkan angin.

3. Kurangkan menelan udara Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap semasa makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.

4. Banyakkan minum air masak/suam supaya ruang tersebut diganti dengan air dan bukannya angin. 

5. Lakukan urutan visera (abdomen): Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa semua angin keluar.

6. Amalkan minuman air halia atau bawang putih: Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas. Minum ramuan ini sebulan sekali.

7. Kunyah makanan perlahan-lahan supaya lebih senang hadam.

8. Elakkan makan gula-gula getah dan menelan banyak udara.

9. Makan dalam porsi yang kecil setiap 2/3 jam. Hindari Makanan Yang Menghasilkan Angin Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.

Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat pada susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pear dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

Sorbitol diperolehi secara semula jadi daripada buah-buahan termasuk epal, pear, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah. Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung dan gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar. Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin

Atasi masalah angin juga dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan alami.


PUDINA: Melegakan otot perut dan mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia dapat menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema.

HALIA: Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih 2 ribu tahun!. Halia merangsang penghasilan enzim Salvia untuk mencernakan makanan. Ia juga membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya, mual angin ketika mengandung, atau selepas melahirkan anak. Satu kajian di UK menunjukkan halia dapat menghalang muntah selepas pembedahan.

POKOK ADAS: Orang eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia juga membantu melegakan sakit perut, gejala flu, dan membantu masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS: Digunakan oleh orang mesir purba. Ia dapat membantu masalah pencernaan, gejala kesakitan haid, batuk dan kahak, merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang boleh menyebabkan masalah kulit, memberi peredaran tenaga didalam badan.


TEH HALIA GAYA SHAKLEE RESEPI TEH PAPERMINT. SELEPAS MINUM INSYAALLAH LANCAR PEMBUANGAN ANGIN. RESEPI YANG MUDAH DISEDIAKAN DAN SANGAT BERMANFAAT.



1. Masukkan 3 biji PAPERMINT GINGER
2. Masukkan 5 biji ALFALFA
3. Tambahkan air panas 4. Kacau sehingga semua larut
5. Letak hirisan lemon
6. Letak daun pudina SIAP dan boleh dihidangkan semasa lunch, minum petang dan dinner.

Klik disini untuk melihat  Kebaikan Alfalfa


TESTIMONI MASALAH ANGIN DALAM BADAN









Azura SID 1211475

No tel: 011-10753394 Your trusted Shaklee Independent Distributor

COD covered area Shaklee Pekan, Shaklee Gambang,

Email : azuraredhuan@gmail.com


1 comment:


Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved| Design by Pawona Kreatif