Sunday, 11 December 2016

TIPS ATASI MASALAH KULIT BERMINYAK


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hai Ladies hello Georgeous bertemu lagi entri kali ini bersama kak Zura. Semua orang sedang memperkatakan kenaikan harga minyak dan tanpa disedari kulit muka juga mengalami kenaikan minyak yang kian menebal. Kak zura tahu, ramai wanita yang stress bila mengalami masalah kulit berminyak. 

Orang yang kulit berminyak ni sensetif dengan peluh, bila berpeluh je..aduhai berkilat muka. tambahan pulak kalau pakai make-up confirm bertompok-tompok jadinya. Ramai yang tidak tahu kulit muka berminyak boleh diatasi dan dapat dielakkan. 



JOM KITA LIHAT APAKAH JENIS KATEGORI KULIT ANDA

1. Kulit Normal
2. Kulit kering
3. Kulit Kombinasi
4. Kulit Berminyak
4. Kulit Muka Sensetif

1. KULIT MUKA BERMINYAK 

Kebanyakan mereka yang mempunyai kulit muka berminyak ialah pada peringkat umur 20-an kerana pada peringkat ini, hormon androgen sedang aktif untuk mengeluarkan minyak. pada masa ini juga, remaja mengalami proses pengeluaran jerawat secara berleluasa sekiranya tidak dijaga.

2. KULIT MUKA KERING

Kulit mka kering pula menunjukkan kulit muka yang sedikit bersisik dan kasar. Kulit kering terjadi disebabkan kelenjar kulit tidak dapat menghasilkan minyak untuk mempertahankan kelembapan kulit.

3. KULIT MUKA KOMBINASI

Kulit muka kombinasi merupakan kulit muka yang paling unik. Samaada campuran kulit normal-berminyak atau kering-berminyak. Cara mengenali kulit muka kombinasi ialah jelas kelihatan di T zone. Kawasan T zone biasanya sedikit berminyak berbanding di bahagian pipi.

4. KULIT MUKA NORMAL


Rasai kulit anda, jika kulit anda tiada kesan minyak dan sekata bermakna kulit anda ialah kulit muka normal. Kulit normal tidak terlalu minyak dan tidak terlalu kering. Kulit normal sentiasa lembap. Kulit normal selalunya bersih, anjal, lembut, segar bercahaya, halus dan bebas daripada masalah kulit muka. Kulit normal lebih senang diurus kerana tidak banyak menimbulkan keradangan. 

5. KULIT MUKA SENSETIF


Kulit sensetif paling sukar untuk dijaga. Deria kulit sensetif  paling peka terhadap ransangan dan bertindakbalas dengan cepat terhadap perubahan kulit. Sekiranya kulit anda kelihatan radang seperti kemerah-merahan dan mengambil masa yang lama untuk pulih menandakan kulit anda kulit sensetif.

Melihat kepada jenis-jenis kulit diatas, anda bolehlah kategorikan jenis kulit dan alternatif perawatannya. Kak Zura memiliki jenis kulit berminyak, sebab tu jerawat tumbuh dengan banyak bagai cendawan. Kini kulit muka Kak Zura bebas minyak dan jerawat pun segan nak hinggap. Buat masa ini Kak Zura excited nak hilangkan parut sahaja. Jerawat memang tak tumbuh, kalau tumbuh pun terbantut. Haaa best ke tak best ?

Fokus Kak Zura sekarang adalah khas untuk membantu wanita yang stress memiliki kulit bermiyak. Mengapa mereka yang dikategorikan kulit berminyak ini stress? Mau tak stress dibuatnya, bila berminyak naik jerawat, bila berminyak naik jeragat, bila berminyak naik marah pulak. Sabar, jangan marah, bersyukur memiliki kulit berminyak tau. Jangan tak tahu, kulit muka berminyak mempunyai keistimewaan berbanding kulit lain. Bab ni Kak zura paling suka.

Jangan risau jom kita lihat apa keistimewaan kulit muka berminyak. 

1. Kulit berminyak dapat melambatkan proses penuaan. Nak tahu kenapa ? kerana kulit berminyak membuatkan kulit muka sentiasa basah dan lembap. Kulit muka yang sentiasa basah akan mengurangkan kadar kerepot pada kulit terutama bahagian lingkaran mata dan sekitar bibir.

2. Kulit berminyak juga dapat menghindarkan dari kulit bersisik dan menggelupas. Kulit berminyak dapat megurangkan tegangan pada kulit.

3. Kulit muka berminyak sentiasa nampak lebih fresh dan bermaya. Kulit yang sentiasa basah dan lembap.

4. Kulit berminyak adalah struktur kulit yang paling kuat, kental dan tidak sensetif. Kulit muka ini jenis lasak dan mudah diurus. Perawatan bagi kulit muka berminyak juga sangat mudah dan tidak mempunyai alahan kulit. Kulit jenis ini lebih lasak dan senang dirawat. 

PENYEBAB WAJAH BERMINYAK

Makanan yang Berlemak

Makanan yang dimakan seharian merupakan faktor utama penyumbang kepada permasalahan utama kulit berminyak. contohnya, Makan makanan yang bergoreng, makan makanan yang bersantan dan makan makanan yang tinggi MSG. Masalah minyak berlebih adalah masalah ringan yang di timbulkan akibat mengamalkan makanan berlemak lebih.

Hormon tidak Seimbang

Minyak berlebih pada wajah merupakan salah satu tanda perubahan alam remaja.  Seorang remaja harus beradaptasi dengan hal-hal baru yang terjadi pada dirinya. Pada orang dewasa khususnya wanita akan mengeluarkan banyak minyak semasa haid. Maka dari itu kegiatan yang kita lakukan sebaiknya dikontrol dengan baik. 

Salah Pilih  Kosmetik

Sebagian besar remaja sudah berani mencuba dan memakai peralatan kosmetik untuk tampil dengan lebih bergaya. Remaja lazimnya menggunakan produk murah yang tidak berkualiti untuk kelihatan lebih cantik. Produk ini akan memberi kesan pada kulit dan membuatkan kulit semakin berminyak. 

Keturunan

Haaa jangan tak tahu, keturunan juga merupakan faktor utama penyebab kulit muka berminyak. Mengapa keturunan ? kerana faktor genetiknya.

CARA MENGHILANGKAN WAJAH BERMINYAK SECARA ALAMI

1. MENCUCI MUKA

Menjaga keberihan muka sangatlah penting. Untuk menghindari minyak berlebih cukup mencuci muka dengan sabun 2x sehari (jangan lebih). Cuci muka sangat penting untuk kurangkan minyak yang berlebihan. Konsisten mencuci muka juga boleh membuatkan muka sentiasa bersih, kurang berminyak dan bebas jerawat.

2. MINUM AIR PUTIH

Minum 2 liter sehari akan menjaga metabolisme pada tubuh. Minyak dan kekotoran akan disingkirkan memalui sistem perkumuhan.

3. BASUH MUKA DENGAN AIR SUAM

Lakukan pembersihan wajah scara semulajadi 2x seminggu. ambil air suam da campurkan sedikit garam dan urutkan perlahan pada wajah. Air suam ini bertindak membuka pori-pori pada wajah dan garam bertindak menghapuskan kekotoran pada wajah dan mematikan kuman.

4. PUTIH TELUR

Gunakan sebagai masker. Caranya pecahkan telur dan pisahkan kuning dan putihnya. Kepuk putih telur, sapukan pada wajah. Tunggu kering dan bilas  dengan air suam. 

5. TOMATO/TIMUN/KENTANG

Ketiga buah ini dapat digunakan sebelum tidur. Caranya sangat mudah cuci muka terlebih dahulu. Iriskan nipis salah satu dari buah tersebut. Usapkan ke wajah, biarkan kering. Keesokkan harinya bilas muka dengan air suam. Setelah itu bilas dengan air dingin untuk menutup kembali pori wajah.

6. DAUN SELEDRI

Sebagai penyedap makanan, ternyata seledri  juga mampu mengurangi kadar minyak pada wajah. Caranya potong kecil daun seledri. Masukkan dua gelas air dan tunggu hingga mendidih. Masukkan seledri yang telah dipotong kecil. Rebus selama 15-20 minit. tunggu suam dan sapu pada wajah secara merata. Tunggu hingga benar-benar meresap. 

7. PISANG

Jangan tak tahu yang buah pisang mengandung vitamin A , B dan E yang bermanfaat untuk mencegah penuaan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.  Sure lepas ni kena pastikan pisang sentiasa ada di rumah anda. Caranya, lenyek pisang sehingga lumat kemudian gunakan sebagai masker untuk wajah dan leher dan tunggu sekitar 20 minit dan kemudian bilas perlahan. Getah pada buah pisang juga bertindak sebagai scrub muka.

Tadi Kak Zura ada kongsi mengenai kulit muka kak Zura berminyak dan banyak jerawat. Selain menggunakan cara alami, Kak Zura juga mengamalkan penggunaan rangkaian penjagaan wajah Shaklee. Kak Zura bukan sahaja mengamalkan penjagaan luaran malah turut mementingkan penjagaan dalaman. Minyak memang kita boleh singkir secara luaran tetapi jika tidak mengamalkan penjagaan dalaman, minyak akan sentiasa dikeluarkan tanpa dikawal. Permasalahannya juga tidak selesai. Penjagaan dalaman dan luaran sangat penting untuk mempercepatkan proses membina kulit cantik dan sihat.

TIPS PENJAGAAN DALAMAN DAN LUARAN YANG KAK ZURA AMALKAN

1. PENJAGAAN DALAMAN DENGAN MENGAMALKAN 3 HOT SUPER CANTIK

a) ESP



Tiga Produk yang paling superb Kak Zura tak pernah tinggal dan wajib ambil setiap hari ialah ESP, Vitamin C dan Vitamin E. 

ESP mengandungi sumber protein yang diperlukan oleh badan dan menghasilkan 9 asid amino yang badan tidak boleh hasilkan. Protein sering dikaitkan dengan keanjalan dan kecantikan kulit kerana protein adalah komponen utama untuk proses baik pulih dan pembinaan tisu baru. Begitu juga dengan pembentukan otot, rambut, kuku dan mata. Semuanya bermula daripada protein. Protein juga adalah bahan utama untuk menggantikan sel yang rosak dan mati. Jika nak tahu, sel kulit diganti setiap 24 jam. Justeru, kemasukan protein yang berkualiti ke badan kita memastikan sel baru yang dibina juga berkualiti. Sebab itulah ESP Shaklee boleh membantu mencantikkan kulit wajah dan juga badan.

Bagaimana PROTEIN BOLEH MENGANJALKAN KULIT ?

Selain fungsinya sebagai bahan utama  menggantikan sel yang rosak, protein juga adalah BAHAN UTAMA dalam pembentukan kolagen yang sangat diperlukan untuk kecantikan. Kulit menjadi lebih anjal dan gebu dengan kehadiran kolagen yang bertindak sebagai simen penghubung antara satu sel dengan sel yang lain. Kolagen ialah tisu berstruktur. Malangnya, proses penggantian kolagen ni berlaku sangat perlahan. Disebabkan itulah, kita memerlukan bantuan luar seperti protein berkualiti untuk menambah atau menggantikan kolagen dalam badan kita.

Kolagen bukan sahaja mampu menganjalkan dan mencantikkan kulit, tetapi mampu menguatkan kulit, salur darah, tulang dan gigi. Bagi yang mengamalkan diet rendah lemak, anda boleh perhatikan badan atau kulit anda mula menggeleber akibat protein yang tidak mencukupi.
Betul ke ESP Shaklee Boleh Cantikkan Kulit?

Oleh kerana ESP diperbuat daripada protein yang berkualiti tinggi dan menjalani banyak clinical test, sudah tentu kolagen yang terhasil daripada pengambilan ESP juga ialah kolagen yang berkualiti. Isoflavones yang terdapat di dalam ESP membantu kulit kelihatan lebih muda dan segar. Soya yang terdapat di dalam ESP juga mampu melindungi kulit daripada terkena sinaran UV secara terus.

b) Vitamin C

Vitamin C amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin . 

Antaranya:

1. Membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat. 

2. Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil Vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.

3. Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan Vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk. 

4. Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need Vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan Vitamin C dan oleh kerana kekurangan Vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

5. Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan Vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil Vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.


Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500 mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah  biji vitamin C dalam buah Oren.

c) Vitamin E






Vitamin paling best setakat ini untuk parut menghilangkan parut kak zura. Vitamin ini terkenal sebagai vitamin cantik. Vitamin E bagus untuk mereka yang inginkan kulit lebih cantik, lebih licin, dan awet muda sentiasa. Bersifat anti-penuaan, ia dapat mengurangkan garisan halus, tanda penuaan pada wajah. Selain itu, vitamin E boleh membantu memudarkan/mengurangkan parut dan masalah jerawat serta memperbaiki peredaran darah lalu menjadikan wajah berseri dan tak kusam, secara tak langsung, kulit bersih dari jerawat dan jeragat. Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Membantu dalam mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan lebat. Vitamin E juga membantu mengawal pengeluaran sebum minyak pada wajah ( bagus untuk kulit berminyak)

2. PENJAGAAN DARI LUARAN

Rangkaian NutriWhite  Info Nutriwhite

NutriWhite adalah rangkaian kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep ‘flawless beauty sourced from nature, perfected by science’ yang bermakna kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. NutriWhite™ mengandungi formula yang dipatenkan secara eksklusif yang dikenali sebagai N-16. Merangkumi rumusan 16 ekstrak tumbuhan yang berbeza dari 16 buah negara yang berbeza. Berkeupayaan untuk mencerahkan kulit dan keserian kulit semula jadi, tanpa cela. Penemuan revolusioner dalam penjagaan kulit. Dilindungi oleh lapan paten. Terbukti secara klinikal dan eksklusif untuk Shaklee. Testimoni set Rangkaian Produk Kecantikan Wajah Semulajadi Shaklee membuktikan bahawa ramai yang berpuas hati dengan kesan Nutriwhite


Nutriwhite yang berkualiti dihasilkan dengan menggunakan penggabungjalinan 16 sumber botani semulajadi. 

1. Bearberry 
meringankan, mengurangkan keradangan dan melegakan kulit muka
2. Soybean 
 mencerah, melembutkan, melembap dan kurangkan tompok
3. Skullcap
 meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
4. Beech Tree 
 meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
5. Strawberry Begonia 
mencerahkan pigmentasi
6. Mulberry 
mencegahkan kerosakan dari sinaran matahari dan melembapkan
7. Peony 
mencerahkan, melembapkan dan kurangkan radang.
8. Rosemarry 
 mengetatkan, merangsang keanjalan kulit dan legakan keradangan.
9. Aloe Vera -
melegakan, melembapkan dan keradangan
10. Mountain Arnica
 mengurangkan keradangan dengan flavones
11. Cat's Claw 
menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin
12. Kudzu Leaf & Roots 
 menegangkan dan kurangkan keradangan drnha isoflovanes
13. Linden 
menyuburkan dan hidrasi hingga ke dalam kulit
14. Marshmallow 
melembabkan dengan tanin
15. Seaweed 
 mengeluarkan, memelihara dan menegangkan kulit
16. Green Algae 
menyahtoksin dan melembapkan kulit


3. Fungsi Nutriwhite yang membantu kita kekal cantik

  • Menghalang kerosakan kulit akibat cahaya matahari dan UV
  • mengurangkan pigmentasi pada kulit
  • menghalang tompok-tompok gelap pada kulit
  • mencerahkan kulit dan warna sekata
  • memperbaharui sel-sel kulit yang rosak dan membantu hilangkan parut
  • proses pemulihan kulit secara semulajadi dan tidak memberi tekanan pada kulit 
  • memberi penyerapan 100% pada kulit wajah sehingga ke bahagian lapisan bawah kulit
  • tiada bahan kimia yang boleh menjejaskan struktur kulit
  • lapisan lembut kulit wajah tidak nipis dan tidak terhakis
TESTIMONI KULIT BERMINYAK










Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan SET KESIHATAN DAN KECANTIKAN SERTA Konsultasi PERCUMA. Anda juga akan diberi jadual pemakanan suplemen yang lengkap beserta follow up daripada saya.


Azura Yusop
SID 1211475
Pengedar Shaklee Pekan, Kuantan, Gambang
011-10753394
Pengeposan seluruh Malaysia



*** produk shaklee bukanlah bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit. Shaklee adalah sebagai salah satu ikhtiar. berusaha, berdoa dan bertawakal.



No comments:

Post a Comment


Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse