Sunday, 24 July 2016

PULIH KEPUTIHAN SECARA SEMULAJADI

Assalamualaikum semua pembaca yang saya sayangi. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkunjung di blog saya. Hari ini saya nak kongsikan  topik menarik iaitu 'Hilang Keputihan dan membina kembali hubunga intim bersama suami'




KEPUTIHAN adalah normal atau penyakit ?

Keputihan sebenarnya normal bagi setiap wanita. Keputihan yang normal terjadi semasa ketika kedatangan haid. TETAPI sekiranya tidak dicegah keputihan yang normal akan berlarutan menjadi penyakit. Keputihan yang banyak akan menyebabkan kegatalan dan kemerah-merahan di sekitar miss 'V' dan sangat membahayakan sekiranya tidak diatasi dengan segera. Ini kerana keputihan yang banyak, gatal dan berbau menunjukkan sekitar kawasan miss 'V' anda telah dijangkiti kulat Candida. Ramai wanita yang tahu mereka ada masalah keputihan tetapi mereka mendiamkan diri, malu untuk berubat dan berkongsi masalah mereka. 

Jangan pandang remeh isu keputihan ini. Keputihan yang banyak boleh mengakibatkan kawasan miss 'V' longgar dan boleh menjejaskan keintiman semasa hubungan bersama. Tambahan pula bau yang kurang menyenangkan akan membuatkan perasaan wanita rendah diri dan malu terhadap masalah yang dihadapi. Bagi lelaki pula, mereka akan merasa tidak selesa semasa bersama. Disebabkan hal ini masing-masing akan menjauhkan diri dan secara tidak langsung menghilangkan mood untuk bersama.



KEPUTIHAN sangat bahaya untuk vagina 



Keputihan menjadi begitu serius apabila:
  • Keluar cecair yang kental dan berbau busuk seperti bau hanyir telur
  • Keputihan berwarna kelabu / putih atau kuning / hijau dengan bau busuk
  • Menimbulkan rasa gatal sekitar vagina
  • Rasa panas sekitar vagina
  • Vagina sentiasa basah dan mengeluarkan cecair
  • Keputihan yang banyak,gatal-gatal ,ruam atau luka pada kawasan vagina
  • Keputihan dalam tempoh yang berterusan
  • Sakit pada kulit vagina ketika membuang air kecil
  • Keputihan menjadi bergumpal dan kenyal
Faktor yang menyebabkan terjadinya keputihan :

1. Faktor pemakanan memainkan peranan penting kerana apa sahaja yang kita makan akan menentukan tahap kesihatan kita. Jika kita gemar makan makanan segera maknanya tubuh badan kita akan lebih terdedah kepada toksin. Toksin yang berlebihan akan mengundang pelbagai jenis penyakit dan salah satunya keputihan.

2. Faktor persekitaran juga menjadi punca kepada penyebab keputihan. Setiap hari kita akan terdedah dengan radikal bebas hasil daripada pencemaran asap, pencemaran udara, pencemaran air, dan pelbahai jenis pencemaran yang mengundang penyakit. Persekitaran yang tidak sihat dan tercemar membuatkan tubuh badan kita termendap dengan penyakit. Fakta yang perlu anda tahu, keputihan yang banyak boleh menyebabkan kita keletihan sepanjang hari.

3. Memakai seluar dalam yang ketat juga salah satu faktor yang mengundang kepada penyebab keputihan. Seluar dalam yang ketat akan menyebabkan kawasan vagina berpeluh dan basah. Kelembapan disekitar vagina akan mengundang pertumbuhan bakteria dan kulat.

4. Penggunaan tandas awam juga boleh menyebabkan terjadinya keputihan. bekas-bekas penggunaaan orang lain yang mungkin telah dijangkiti akan menjangkit kita. oleh itu elakkan penggunaan tandas duduk semasa berada di tandas awam.

5. Emosi juga memainkan peranan penting dalam merembes cecair dalam badan. cecair yang biasa dan terkawal adalah normal tetapi sekiranya berlebihan akan mengundang gangguan. Emosi uang tidak stabil dan kerap stress akan mengeluarkan lebiih banyak cairan daripada tubuh.

6. Penggunaan ubat-ubatan kecantikan atau kurus yang tidak sesuai dengan hormon kita. selain itu juga, pengamal pil perancang juga menjadi penyebab kepada keputihan.

Cara mengatasi keputihan

1. Kurangkan makanan yang mengandungi susu.

2. Kurangkan penggunaan gula dalam makanan seharian. Makanan manis adalah penggalak bakteria.

3. Memakan sayuran hijau dan buahan yang segar kerana dapat membantu melawan pembikan bakteria yang disebabkan keputihan.


4. Mengamalkan gaya hidup sihat dengan aktiviti beriadah, bersukan dan tidur yang cukup.

5. Menjaga kebersihan vagina dengan sentiasa membasuh dengan air bersih dan menggunakan teknik cucian dari hadapan ke belakang.

6. Cuci dengan air garam suam dan basuh kawasan vagina dengan teknik semulajadi ini 3 kali seminggu. Air suam dapat mematikan kuman dan bakteria yang melekat sekitar vagina.

7. Memilih pakaian dalam yang tepat dan kerap tukar apabila basah atau berpeluh.

8. Kerap menukar Pad semasa period dalam tempoh 3 jam sekali bagi mengurangkan jangkitan kuman pada vagina.

9. Biasakan mencuci tangan apabila mnyentuh vagina.

10. Hindari memakai bedak dipersekitaran vagina.

11. Sentiasa sediakan tisu atau tuala. Keringkan vagina selepas membunag air kecil atau air besar.

12. Basuh dan bersihkan vagina selepas mengadakan hubungan intim.

13. Jangan menggaruk vagina dengan tangan kerana akan menyebabkan bakteria semakin membiak. 


14. Menggunakan air rebusan sireh dan majakani untuk melindungi organ reproduktif kita. 





Vagina berfungsi sebagai laluan antara bahagian luar badan dan organ-organ pembiakan dalaman. Keputihan boleh menyebabkan wanita mandul, muka kusam, cepat tua,  eye bag, ketumbuhan , bau yang memalukan dan hubungan intim menjadi tawar. Semasa hubungan intim,  keputihan yang teruk akan melekat pada alat sulit suami. Suami juga boleh merasakan gatal yang sama akibat kesan keputihan tersebut.  Jangkitan yis dan bakteria merebak terlalu cepat menjadikan keputihan makin banyak dan jangan ingat keputihan itu tak serius.

Saya tahu anda mempunyai masalah keputihan kerana setiap wanita tidak terlepas daripada masalah ini. Anda risau, anda malu dengan suami, anda stress dan malu pada diri sendiri. Masalah ini jangan disorok atau disimpan untuk menutup malu anda. keadaan akan menjadi bertambah parah sekiranya tidak dirawat. Selain  mengamalkan tips cara mengatasi keputihan diatas sebagai pencegahan dibahadian luar vagina, saya nak kongsikan tentang bagaimana penjagaan dalaman juga sangat membantu merawat keputihan. Lindungi dalaman dan jaga luaran akan menampakkan hasil yang berkesan.

Mungkin ramai wanita yang tidak tahu tentang keistimewaan dan keajaiban Alfalfa ini. Sesiapa yang pernah makan pasti teruja dengan keberkesanannya. Alfalfa merupakan jamu moden yang bertindak sebagai 'perapat'  dan membantu mengatasi masalah keputihan kaum wanita. 



POKOK ALFALFA MATANG

Apa yang uniknya Alfalfa ini ye ? 

Alfalfa sangat unik kerana Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan Alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Apa kaitannya Alfalfa dengan keintiman ?

Nak tahu tak ? Salah satu fungsi Alfalfa yang awesome ialah merawat keputihan yang di alamai oleh para wanita. Keputihan yang teruk boleh menjejaskan kebersihan kawasan miss'V' wanita dan menjadi lebih teruk lagi sekiranya keputihan tu mengeluarkan bau. Alfalfa ni dikira sebagai raja herba. 1001 kebaikan Alfalfa dapat diperolehi jika diamalkan secara konsisten.

Alfalfa Shaklee 1001 kebaikan kepada si pengamalnya. Terdapat 19 khasiat AlFALFA yang perlu diketahui

- Legakan sakit sendi dan belakang.
- Hilangkan kelesuan dan tekanan
- Legakan pms
- Bagus untuk allergic dan keradangan
- Rawat asma
- Buang toksik dalam badan
- Cuci buah pinggang dan rawat kencing kotor
- Neutralkan asid dalam badan
- Menegangkan payudara
- Rawat masalah keputihan
- Bertindak sebagai kacip fatimah wanita
- Buang angin dlm badan
- Milk booster
- Meningkatkan stamina suami
- Melegakan sembelit
- Merawat arthitis
- Mencuci Usus
- Pulihkan urat selepas bersalin
- Sari Perapat

TESTIMONI KEPUTIHAN YANG TERUK


#ShakleeEffect 1


#ShakleeEffect 2



#ShakleeEffect 3



#ShakleeEffect 4 





Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat perundingan  kesihatan dan kecantikan secara percuma.

jika anda mempunyai masalah kesihatan dalaman jangan segan dan malu untuk berkongsi. InsyaAllah saya akan bantu anda mengatasi masalah anda. rawat secara semulajadi dan cegah sebelum parah.


HUBUNGI SAYA

AZURA YUSOP

~PAKAR NUTRISI ANDA~

011.1075.3394

SID  1211475



















No comments:

Post a Comment


Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse