Wednesday, 8 June 2016

COLLAGEN POWDER ANTI PENUAAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya. Pada kali ini saya ingin kongsikan keunikan kolagen Shaklee yang memang berbeza daripada kolagen lain dipasaran. 



Mengapa kolagen Shaklee terbaik dan berbeza dengan kolagen lain?  

JAWAPANNYA tentulah kandungan bahan-bahan dalam kolagen ini sangat berkualiti dan bermutu tinggi.


1. SISIK IKAN MERAH - Pernah makan sisik ikan merah? kalau diberi pilihan makan mentah-mentah mesti tak lalu nak makan. Korang tau tak ?? Dalam kolagen Shaklee bahan utama yang terkandung ialah sisik ikan merah. Sisik Ikan merah adalah ikan laut dalam yang hidup bebas dan membiak pada kedalaman 5000m atau 5km di dasar laut. Kebolehan ini membuktikan ia tahan tekanan tinggi disebabkan sifat elastik sisik ikan merah. Bayangkan, manusia HANYA boleh menyelam sehingga 1000m sahaja. Jika lebih paru-paru kita akan pecah kerana tidak tahan tekanan. Oleh sebab itu sisik ikan merah adalah bahan utama dalam RSS kolagen Shaklee. Ianya premium dan sangat berkualiti tinggi. 




Sisik Ikan Merah ini diproses dan digabungjalinkan bersama bahan herba lain untuk menambahkan keanjalan dan kelembapan pada kulit. Antaranya ialah : 

2. BIJI BENIH CAMELLIA JAPONICA - Mengandungi asid oleik, iaitu sejenis emolin kulit dan pelembap yang umggul. bahan antioksida semulajadi Isoflavan yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas. 

3. EKSTRAK PFAFFIA - yang digelar sebagai ginseng Brazil yang dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Asid ini sangat penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata. 

4. ELASTIN - mengekalkan kenajalan dan ketegangan kulit. mengandungi elastin yang membuatkan kulit anjal, gebu, dan tegang. 

5. VITAMIN C & B - Vitamin C menyokong pengeluaran kolagen dan Vitamin B terlibat dalam metabolisme kabohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.

6. EKSTRAK KERANG KERANGAN - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sendi  dan melembapkan mata. 

7. LACTOBASILUS ACIDOPHILUS - ialah sejenis bakteria baik yang membantu mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi penyerapan kolagen. 

Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia Japonica, Elastin, Ekstrak Kekerang, Lactobacillus Acdophilus, Vitamin C and Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

NAK TAHU APA ITU KOLAGEN ?
============================
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan keanjalan kulit dan tisu badan. 

Kolagen terdapat pada kornea mata, salur darah, keratin (rambut, kuku) tulang rawan, Sendi, gigi, hati, sum-sum tulang dan tisu seperti pada buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.

Kesan kekurangan kolagen dalam badan:

Korang tau tak ???

Semakin kita berusia semakin kurang kolagen dalam badan. Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun. Kesan pengurangan mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas umur 45-50 tahun badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada, Jadi semakin meningkat usia (tua), semakin banyak kolagen berkurang dalam badan. Oleh itu, kolagen diambil sebagai makanan kesihatan.

Ada juga orang yang cantiknya tidak seimbang. Contohnya muka tegang dan licin tapi kulit leher berkedut, rambut penuh beruban, tapak kaki kasar dan masalah-masalah dalaman. mesti korang tak nak kan muka nampak tua tapi umur baru 25. Kalau guna carada scan yang jujur itu lagilah ngeri sebab terus detact body age. Alamak ?

Nak tahu tak ?, ini fakta yang kaum wanita perlu mengambil perhatian! Wanita yang berkahwin dengan pasangan yang SAMA umur akan kelihatan lebih tua daripada pasangan kerana, wanita lebih cepat matang berbanding  lelaki. Mesti tak nak kan nampak tua dari suami, Jadi, bagi mengelakkan tua dari usianya, maka kita wanita-wanita cantik ni perlulah menjaga kesihatan dan kecantikan. Kekalkan keseimbangan kolagen di dalam badan supaya mantain muda gitu.

Kesan kekurangan kolagen jelas menunjukkan penuaan sedang berlaku akibat faktor usia yang semakin meningkat. Terdapat juga beberapa faktor lain boleh mempercepatkan badan kehilangan kolagen atau mengalami kerosakkan kolagen dan seterusnya mempercepatkan penuaan berlaku. Antara faktor lain yang boleh merosakkan kolagen badan dan kulit ialah :
  • Penggunaan bahan kimia dalam kehidupan seharian seperti alat solek, bahan dandanan rambut, dan sebagainya.
  • Sinaran matahari yang tak berapa sihat
  • Kurang minum air putih
  • Kekurangan zat makanan (vitamin B dan C) 
  • Pencemaran alam sekitar 
  • Faktor pemakanan yang tidak seimbang
  • Stress
  • Kurang tidur
  • Bebanan kerja
Tanda-tanda kemerosotan kolagen dan fasa permulaan penuaan;
  • Kulit kusam
  • Tidak bermaya/tidak bertenaga
  • Tiada seri
  • Kulit berkedut dan kendur
  • Pigmentasi/bintik hitam
  • Sakit badan dan sendi
  • Mudah lupa
  • kurang penglihatan/penglihatan semakin kabur
  • Otot badan/kulit hilang keanjalan(payudara kendur)
  • Rambut rosak/pecah,mudah gugur.


Nak tua sebelum usia? Mestilah tak nak kan  

Mengapa kita perlukan kolagen?

Kerana kolagen berfungsi:
  1. Menghasilkan asid amino penting diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong dan untuk mengawal fungsi sel. Memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong  dan tulang disamping menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit dan     secara tidak langsung mengekalkan kecantikkan kulit serta menghalang penuaan. 
  2. Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  3. Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dam kerosakkan oksidatif. 
  4. Menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
  5. Menampung air dalam tubuh.
  6. Meningkatkan penyerapan kalsium.
  7. Meningkatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit.
  8. Menguatkan, menyihatkan rambut dan kuku. Pertumbuhan rambut dan kuku yang lebih sihat.

Kolagen memberikan kesan optimum kepada pengamalnya. 
  1. Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit. Kulit nampak lebih muda kerana mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.
  2. Memelihara kelembapan kulit dan kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut. Membantu menghilangkan tanda penuaan. Rasa Lebih Muda.
  3. Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang.
  4. Menguatkan otot dan tulang kerana kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
  5. Memelihara/mencegah kelenturan sendi kerana collagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi.
  6. Mengurangkan keradangan/Inflammation.
  7. Memberi tenaga.
  8. Membantu pola tidur.
  9. Memulih penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf.
  10. Membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula rambut yang lebih sihat dan kuat.
  11. Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat. 
  12. Baik untuk mata. Kornea memerlukan collagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal. 
  13. Collagen juga penting untuk menentukan agar otak anda mendapat menfaat collagen agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda menua dan memastikan otak sentiasa sihat.

Terdapat banyak sumber kolagen dipasaran bagaimana  untuk memilih kolagen terbaik?
Kolagen yang  diambil sebagai suplemen makanan. Kajian klinikal awal, pengambilan kolagen pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

Antara kolagen yang terbaik ialah kolagen daripada ikan dihidrolisis kerana mempuyai 1000 delton dan bersaiz kecil yang mudah penyerapan 100% kolagen ke dalam kulit. Kolagen dipasaran kebiasaannya 300 delton  iaitu kolagen yang tidak diproses dan tidak mudah menyerap dalam kulit. Kolagen Shaklee mempunyai 1000 delton yang membuktikan keberkesanan penyerapan 100% kolagen dalam badan.



ANTARA TESTIMONI KOLAGEN SHAKLEE





Anda nak cuba 1 Kolagen ? Hubungi Saya Rakan Nutrisi Anda dan dapatkan perkhidmatan konsultan secara percuma.













Nur Azura bt Mohamad Yusop

011.1075.3394

SID 1211475

"mencegah lebih baik daripada merawat"







No comments:

Post a Comment


Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse