Saturday, 15 October 2016

10 Ciri Wanita Idaman Buat Lelaki Cair

Salam sayang semua. Bersua kita kembali pada hari ini. Kali ini saya akan berkongsikan tentang wanita. Semuanya tentang wanita. Si wanita jelita yang mampu menambat hati lelaki. Bukan  rupa paras yang jadi penilaian tetapi sikap dan nilai-nilai yang ada pada wanita mampu buat lelaki cair. Sebenarnya lelaki ini seorang yang manja tau, sebab apa saya kata manja...sebab mereka manja dengan mak mereka semasa kecil lagi. 

Jadi, lelaki lebih tertarik pada sifat-sifat semulajadi wanita yang bersifat keibuan. Mereka nak kita jadi seperti ibu mereka yang melayan karenah mereka yang manja dan perlukan perhatian. Ramai lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.


Nak tahu apa yang buatkan lelaki cair dengan wanita?

1. Keanak-anakkan

Sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih terhibur. AWAS ye kalau terlebih kanak-kanak macam menghentak-hentak kaki, merajuk berlebihan dan menampakkan ketidak matang membuatkan lelaki bosan...jadi jangan over sangat. 

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti dulu persoalannya.

3.Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga. Penghargaan bukan wang ringgit semata-mata tetrapi cukup sekadar luahan kasih sayang dan ambil hati mereka. 

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak yang ramai. 

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung. Bila masuk dalam keluarganya, cuba sesuaikan diri dan boleh berkahwin dengan semua ahli keluarganya. Jangan kekok dan jangan merungut. Terima seadanya si dia dan bayangkan anada mempunyai sebuah keluarga besar yang indah. 

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona. 

9. Ikat Perutnya

Ikat perut ? Ikat perutnya dengan masakan kita. Ikat ni bukan jampi tau. Tak cium bau syurga nanti. Ikat ini maksudnya sentiasa jaga makan dan minumnya supaya si dia tidak makan di luar. Paling penting belajar dengan ibunya apa lauk yang dia suka ibunya masak. Kita kena faham, mereka berpuluh tahun dan lali dengan masakan ibunya dan kita tidak boleh meminta mereka 100% terima apa yang kita masak. Cuba faham situasi dia dan juga situasi kita. Jangan terlalu memaksa dan kongkong permakanan dia. Biarlah tak sesedap ibunya masak tetapi ada usaha ke arah tiruvasi. Kalau tak percaya cubalah, sesekali masak apa yang ibunya masak dan ikut sebijik resepi ibunya. Senyum lebar sampai ke telingan dibuatnya. 

10. Sentiasa menjaga kesihatan dalaman dan luaran

Wanita yang cantik, cergas dan sihat juga adalah wanita yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatannya. Jika tidak menjaga kesihatan macam mana nak nampak menawan kan... betul tak ? Contohnya umur 30 dah sakit kali, sakit lutut, lenguh-lenguh dan sebagainya. Jika tak cergas dan tidak bermaya, lelaki yang melihatnya juga letih dan tidak bersemangat. Wanita perlu menjaga kesihatan, pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat. Amalkan suplemen lengkap kerana suplemen membantu melengkapkan nutrisi dalam badan supaya sentiasa cergas, cantik dan menawan. 


SELAMAT MENCUBA SEMUA SI JELITA


Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan SET KESIHATAN DAN KECERGASAN WANITA dan Konsultasi PERCUMA. Anda juga akan diberi jadual pemakanan suplemen yang lengkap beserta follow up daripada saya.


Azura Yusop
SID 1211475
Pengedar Shaklee Pekan, Kuantan, Gambang
011-10753394
Pengeposan seluruh Malaysia



*** produk shaklee bukanlah bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit. Shaklee adalah sebagai salah satu ikhtiar. berusaha, berdoa dan bertawakal.


Friday, 14 October 2016

TIPS MINUM AIR 3L ATAU LEBIH DALAM SEHARI

Salam sayang semua si cantik manis. Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips yang boleh membantu anda cara untuk minum air yang cukup setiap hari.

Ramai di antara kita sekarang minum air mengikut kesempatan dan bukan keperluan. Lebih malang lagi apabila gemar minum air manis berbanding air masak putih. Minum air yang banyak membantu badan kita dari terhidrasi akibat tidak cukup air.

Air sangat penting dalam tubuh badan manusia.

Korang tahu tak ?

Bumi kita mengandungi 70% air dan 30 % lagi ialah daratan. Betapa pentingnya air bagi penduduk bumi. Sekiranya tiada air semua hasil tanaman, haiwan ternakan, manusia juga akan mati. Betapa pentingnya kuasa air terhadap benda hidup.


Badan kita juga memerlukan air secukupnya supaya sel-sel badan dapat menjalankan fungsinya sebaik mungkin. 

Mengapa badan memerlukan air yang cukup?

1. Pemakanan 

Pemakanan pada zaman ini banyak yang tidak sihat. Makanan yang dibeli diluar lebih tinggi kandungan msg dan akan merosakka sistem peredaran darah dalam badan. Selain itu juga, kita terdeedah dengan makanan fast food, air bergas dan makanan yang manis. Minum air yang cukup mampu menyingkirkan segala toksin dan radikal bebas pemakanan seharian. 

2. Persekitaran

Udara di Malaysia sangat tidak sihat dan dipenuhi pencemaran. Pencemaran daripada asap kenderaan, asap rokok dan pembakaran terbuka boleh mengganggu sistem pernafasan. Air yang mencukupi membantu badan dehidrasi dan mengekalkan kelembapan badan.

3. Gaya hidup

Gaya hidup masyarakat sekarang yang terdedah kepada trend air yang bermacam-macam jenis dan pelbagai perisa. Kewujudan variasi reka cipta ini mampu mengundang bahaya terutamanya pada remaja yang sedang meningkat naik. jika setiap hari badan disuntik dengan air manis, hormon insulin akan terganggu untuk menjalankan proses memecah gula kepoda tenaga dan akhirnya terjadilah masalah kencing manis. 

Gaya life style yang sibuk juga menghadkan kadar dan tempoh bersenam. peluh yang ada akan terkempam dan tidak dikeluarkan. minum air yang banyak akan membuatkan badan menjadi aktif dan cergas. Air akan bertindak balas terhadap aktiviti dan menyebabkan rembesan peluh dikeluarkan. 

10 tanda badan seseorang tidak cukup air :

1. Kulit kusam dan kering
2. Sembelit
3. Kencing kotor
4. Letih dan tidak bermaya
5. Stress dan lambat berfikir
6. Kerap lapar
7. Rambut gugur
8. Sakit kaki dan sakit urat
9. Mata kabur
10. Kerap sakit

Haaa Jangan tak tahu, minum air juga merupakan salah satu tips tampil cantik menawan tau. Jangan sayang nak conteng bekas air anda. Ini yang saya dah buat dan alhamdulillah setakat ni sangat-sangat berjaya. Selalu orang akan cakap susah la nak minum air 3L sehari. Sebenarnya kita boleh minum lebih tau dari 3L sehari.

Korang nak tahu tipsnya?

1. Tanda pada botol air waktu sepatutnya anda perlu minum air. Biar kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. Jadi anda tidak akan rasa tertekan. Botol air saya ni 2L dan setiap hari saya akan minum 2 botol. Mudahkan


2. Sediakan 7 botol mineral kecil yang 500ml. 7botol x 500ml =3500ml @ 3.5Liter. Biasanya kalau minum air dalam botol yang kecil,  kita tak sedar tau yg kita boleh minum banyak. Tak percaya cuba lah buat...letak siap2 7 botol kat rumah @ bawak pergi kerja. Tanpa kita sedari kita boleh habiskan jumlah air yang kita bawa.


3. Lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Bila peluh keluar banyak, badan sangat-sangat perlukan air dan cepat rasa dahaga.


Selamat mencuba

Salam sayang,

Nur Azura bt Mohamad Yusop


Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved| Design by Pawona Kreatif