Rakyat Malaysia kaya dengan lambakan makanan. Kadang-kadang sampai dibuang-buang. Haaa, nak bagi tahu ni, Malaysia pemenang Diabetis tangga teratas Asia tau.
scary tak ? !!!
Kalau dengar memang takut sangat. Sebab diabetis kalau dah melekat memang sukar untuk baik. Kalau nak baik kena betul-betul struggle tau.
"makan selagi boleh makan, nanti dah sakit langsung tak boleh nak makan" Memang betul tapi berpada-pada. Kesedaran tentang pemakanan ini belum ada lagi.
Kandungan gula kena cek sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Jangan menyesal tiba-tiba doktor sahkan anda ada diabetis.
Ini pengalaman kak zura sendiri, ada seorang makcik dalam lingkungan 50an tiba-tiba terjatuh dan pengsan. Kami pun bergegas bawa ke hospital. Cek BP normal. TAPI Bila cek bacaan gula 18mmol.
Allahu mujur sempat. Kalau lambat boleh menyebabkan stroke tau. Makcik dah berumur, saiz badan agak besar. Hobi minum air bergas.
Apakah sebenarnya Diabetes Melitus atau kencing manis itu ?
Diabetes ni kan maksudnya, badan kita tidak dapat menghasilkan insulin (hormon pengatur gula darah).
ATAU insulin yang dihasilkan tidak mencukupi
ATAU insulin tidak bekerja dengan baik.
Oleh karena itu akan menyebabkan gula darah meningkat saat diperiksa.
Ada 2 jenis tipe utama dalam Diabetes yang korang perlu faham iaitu:
[Diabetes type 1]
Suatu keadaan dimana tubuh sudah sama sekali tidak dapat menghasilkan hormon insulin. Sehingga penderita harus menggunakan suntikan insulin dalam mengatur gula darahnya.Sebagian besar penderitanya adalah anak-anak & remaja. Ini terjadi khusunya pada kanak-kanak berumur antara 10-20 tahun.
[Diabetes type 2]
Terjadi karena tubuh tidak menghasilkani hormon insulin yang mencukupi atau karena insulin tidak dapat digunakan dengan baik (resistensi insulin).
Type ini merupakan yang paling banyak dihidapi dan paling bahaya saat ini (90% lebih), iaitu sering terjadi pada mereka yang berusia lebih dari 40 tahun, gemuk dan mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga.
Sekarang diabetis tidak menyerang orang gemuk je tau, Orang kurus jangan rasa perasan hebat. Diabetis tak pilih saiz dah. Siapa pantang jumpa memang dia suka sangat la. Jadi bestfren dia.
Siapa ada pengalaman ini @ sendiri menghidapi @ keluarga @ kenalan rapat.
Boleh share, kita kongsi sama-sama
Share from our heart,
with love,
azura yusop
011-10753394
SID 1211475
inilah yang merisaukan...
ReplyDeletemakanan yang manis tu lah yang sedap
makanan yang berminyak la yang lazat