Apa itu darah kotor ? Darah kotor datang dari seluruh bagian tubuh masuk ke jantung kanan, dan kemudian dialirkan ke paru-paru untuk "dibersihkan". Darah yang dimaksudkan dengan darah kotor adalah darah yang banyak mengandung zat-zat sisa metabolisme sel-sel tubuh terutama karbon dioksida (CO2).
Darah kotor ini jika diperam dalam badan boleh memudaratkan malah boleh membawa kepada kematian atau koma. Darah kotor penuh dengan toksin, bahahan-bahan kumuh dan sel-sel darah yang telah mati.
Manakala darah biasa mengandungi oksigen dan membawa pelbagai nutrien untuk disebarkan ke seluruh badan. Darah bersih banyak mengandungi karbon dioksida dan darah kotor pula mengandungi karbon dioksida.
Bagaimana darah bersih terjadi?
Darah bersih terjadi dengan cara darah ini "dibersihkan" di paru-paru, maksudnya di paru-paru terjadi pertukaran kandungan darah. Karbon dioksida diserap oleh paru-paru untuk dikeluarkan melalui pernafasan, sebaliknya ke dalam darah dimasukkan oksigen yang berasal dari udara yang kita hirup sewaktu bernafas.
Bagaimana Cara Mengeluarkan Darah Kotor ?
Bagi wanita darah kotor boleh dikeluarkan melalui kitaran haid setiap bulan. Masalah pengeluaran darah kotor bagi lelaki dan wanita yang dah menapose. Jadi Bagaimana darah kotor ini dapat dikeluarkan supaya kita sentiasa sihat.
Darah kotor boleh dikeluarkan melalui kaedah: berbekam, cuci darah dan juga pengambilan suplemen.`
Pengeluaran darah kotor @ hijamah melalui kaedah berbekam adalah sunnah Rasullullah S.A.W. Teknik bekam yang digunakan hanyalah tususan titik sedalam 0.05mm. Tusukan ini hanya dibahagian epidermis sahaja. Sel darah kotor akan terapung dipermukaan epidermis.
Kotoran bahagian itu perlu dibuang supaya sel-sel darah yang lebih sihat dapat dihasilkan. Tusukan 0.05mm bertujuan untuk mengangkut keluar darah kotor dibahagian epidermis iaitu bahagian permukaan sahaja. Sebab itu teknik alat berbekam tidak digalakkan menggunakan pisau gillate kerana dikhuatiri terlebih tusukan dan akan mengangkut darah bersih dibahagian dermis keluar.
Cara seterusnya pengeluaran darah kotor ialah melalui cuci darah. Cuci darah ini mengambil masa yang lama dan memerlukan kos rawatan yang tinggi. Biasanya jarang-jarang ada orang yang buat rawatan cuci darah ini.
Rawatan cuci darah biasanya terjadi pada pesakit yang ginjalnya gagal berfungsi dengan baik. Ginjal bekerja membuang zat-zat sisa metabolisme lainnya dan dikeluarkan melalui urin. Jika zat-zat sisa metabolisme ini tidak dibuang, maka ia akan menempel di dalam darah dan meracuni sel-sel tubuh, menyebabkan berbagai gangguan kesihatan yang boleh mengganggu sistem pernafasan. Pesakit gagal ginjal adalah orang yang ginjalnya sudah tidak boleh lagi membersihkan darahnya, oleh sebab itu darahnya harus dibersihkan melalui suatu alat yang disebut hemodialyzer.
Seterusnya cara yang paling mudah mencuci darah iaitu dengan pengambilan suplemen.
Bagaimana Suplemen Membantu Cuci Darah?
Suplemen mencuci darah melalui proses detofikasi. Jom kita baca apa itu Proses Detox
1. DETOX DARAH
Detox darah melalui rawatan cuci darah untuk mengekalkan kesihatan mereka dan untuk kelihatan sentiasa segar dan bertenaga? Rawatan cuci (detox) darah ialah proses mencuci darah daripada segala toksin yang mencermakan darah kita. Darah yang penuh toksin akan menyebabkan nutrient dalam darah tidak dapat disalurkan ke seluruh badan dengan baik.
Pernah tak kita terfikir, bila kita sering rasa letih dan lesu, ianya adalah petanda darah yang penuh toksin dan perlu detox darah? Toksin yang menyerang sel akan menyebabkan sel tidak dapat cas tenaga (mithocondria) yang diperlukan, dan keadaan ini dibiarkan hari demi hari dan akan merosakkan badan kita.
Shaklee juga menawarkan pilihan detox darah yang lebih murah berbanding dengan rawatan cuci darah tu. Perlu diingat, sepatutnya kita detox darah daripada awal yakni semasa kita sihat dan bukan nya setelah kita disahkan mengidap penyakit.
Alfalfa Shaklee bertindak sebagai agen detox darah secara semulajadi paling berkesan. Alfalfa yang digelar raja tumbuhan merupakan nutrien yang tinggi alkali dan boleh menutralkan asid dalam badan. Darah kotor yang bercampur toksin akan menjadi asid dan membawa kerosakan dlaam badan. Proses detox darah dengan alfalfa sangat berkesan untuk menutralkan semula imbangan asid dalam badan. Tumbuhan Alfalfa
2. DETOX HATI
Hati merupakan organ terbesar di dalam badan manusia. Hati mempunyai fungsi sebagai penapis atau 'filter' kepada segala jenis maknenek benda yang masuk ke badan kita- agent detox . Hati juga merupakan tempat berkumpulnya toksin-toksin serta merupakan antara organ yang paling penting dalam tubuh kita. Antara fungsi hati adalah merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak, mengawal paras gula dalam darah dan penting untuk metabolisma lemak.
Detox hati, antara yang sering juga diabaikan. Ramai yang mengabaikan kerana mereka kurang jelas atau mungkin ambil mudah tentang fungsi hati itu sendiri. Hati secara general adalah seperti tapis yang menadah semua toksin dalam badan.
Setiap hari hati akan diserang oleh toksin melalui pemakanan dan persekitaran kita, jadi sangat sangat penting untuk kita cuci hati setiap hari, bagi memastikan ianya boleh terus bekerja dengan baik. Jadi jika kita nak mengamalkan sesuatu supplement, kita pastikan dulu hati kita dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Kita boleh membantu hati kita menjalankan tugas dengan cara detox hati terlebih dahulu.
Bila hati kita sudah detox, sudah bersih, makan tugasnya lebih senang dan dapat menyerap apa jua supplement yang kita makan. Cuba kita bayangkan jika filter kita (hati) ini rosak atau bocor. Bayangkan segala toksin tu akan bersenang lenang masuk tanpa di 'filter' dan apa yang akan terjadi kepada kita nanti?
3. DETOX USUS
Detox usus merupakan istilah yang paling sinonim dan paling popular kita dengarkan. Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil.
Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini. Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag.
Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan.
Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.
Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. Saya dulu memang berhadapan dengan masalah sembelit, dan saya selepas saya konsisten mengamalkan Herblax dan Peppermint Ginger, ianya yang benar- benar membersih dan memberi kelegaan kepada usus, kerana bahan- bahan dalam kedua- dua produk ini memang bertugas untuk membersihkan tangki makanan yang kita sumbat dengan macam- macam benda setiap hari.
Ada ingin dapatkan Suplemen Cuci darah yang paling terbaik, berkesan dan MURAH boleh hubungi kak zura ye. Hargai diri dan nyawa anda. Suplemen jauh lebih murah daripada nilai kesihatan dan nyawa.
Kak zura akan jadi konsultan peribadi anda secara percuma.
With Love,
Kak Zura,
011-10753394
SID 1211475
azuraredhuan@gmail.com
COD: Pekan, Gambang Kuantan
No comments:
Post a Comment