Friday, 14 October 2016

TIPS MINUM AIR 3L ATAU LEBIH DALAM SEHARI

Salam sayang semua si cantik manis. Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips yang boleh membantu anda cara untuk minum air yang cukup setiap hari.

Ramai di antara kita sekarang minum air mengikut kesempatan dan bukan keperluan. Lebih malang lagi apabila gemar minum air manis berbanding air masak putih. Minum air yang banyak membantu badan kita dari terhidrasi akibat tidak cukup air.

Air sangat penting dalam tubuh badan manusia.

Korang tahu tak ?

Bumi kita mengandungi 70% air dan 30 % lagi ialah daratan. Betapa pentingnya air bagi penduduk bumi. Sekiranya tiada air semua hasil tanaman, haiwan ternakan, manusia juga akan mati. Betapa pentingnya kuasa air terhadap benda hidup.


Badan kita juga memerlukan air secukupnya supaya sel-sel badan dapat menjalankan fungsinya sebaik mungkin. 

Mengapa badan memerlukan air yang cukup?

1. Pemakanan 

Pemakanan pada zaman ini banyak yang tidak sihat. Makanan yang dibeli diluar lebih tinggi kandungan msg dan akan merosakka sistem peredaran darah dalam badan. Selain itu juga, kita terdeedah dengan makanan fast food, air bergas dan makanan yang manis. Minum air yang cukup mampu menyingkirkan segala toksin dan radikal bebas pemakanan seharian. 

2. Persekitaran

Udara di Malaysia sangat tidak sihat dan dipenuhi pencemaran. Pencemaran daripada asap kenderaan, asap rokok dan pembakaran terbuka boleh mengganggu sistem pernafasan. Air yang mencukupi membantu badan dehidrasi dan mengekalkan kelembapan badan.

3. Gaya hidup

Gaya hidup masyarakat sekarang yang terdedah kepada trend air yang bermacam-macam jenis dan pelbagai perisa. Kewujudan variasi reka cipta ini mampu mengundang bahaya terutamanya pada remaja yang sedang meningkat naik. jika setiap hari badan disuntik dengan air manis, hormon insulin akan terganggu untuk menjalankan proses memecah gula kepoda tenaga dan akhirnya terjadilah masalah kencing manis. 

Gaya life style yang sibuk juga menghadkan kadar dan tempoh bersenam. peluh yang ada akan terkempam dan tidak dikeluarkan. minum air yang banyak akan membuatkan badan menjadi aktif dan cergas. Air akan bertindak balas terhadap aktiviti dan menyebabkan rembesan peluh dikeluarkan. 

10 tanda badan seseorang tidak cukup air :

1. Kulit kusam dan kering
2. Sembelit
3. Kencing kotor
4. Letih dan tidak bermaya
5. Stress dan lambat berfikir
6. Kerap lapar
7. Rambut gugur
8. Sakit kaki dan sakit urat
9. Mata kabur
10. Kerap sakit

Haaa Jangan tak tahu, minum air juga merupakan salah satu tips tampil cantik menawan tau. Jangan sayang nak conteng bekas air anda. Ini yang saya dah buat dan alhamdulillah setakat ni sangat-sangat berjaya. Selalu orang akan cakap susah la nak minum air 3L sehari. Sebenarnya kita boleh minum lebih tau dari 3L sehari.

Korang nak tahu tipsnya?

1. Tanda pada botol air waktu sepatutnya anda perlu minum air. Biar kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. Jadi anda tidak akan rasa tertekan. Botol air saya ni 2L dan setiap hari saya akan minum 2 botol. Mudahkan


2. Sediakan 7 botol mineral kecil yang 500ml. 7botol x 500ml =3500ml @ 3.5Liter. Biasanya kalau minum air dalam botol yang kecil,  kita tak sedar tau yg kita boleh minum banyak. Tak percaya cuba lah buat...letak siap2 7 botol kat rumah @ bawak pergi kerja. Tanpa kita sedari kita boleh habiskan jumlah air yang kita bawa.


3. Lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Bila peluh keluar banyak, badan sangat-sangat perlukan air dan cepat rasa dahaga.


Selamat mencuba

Salam sayang,

Nur Azura bt Mohamad Yusop

No comments:

Post a Comment


Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved| Design by Pawona Kreatif