Tahun baru dengan azam yang baru. Mak-mak stress lagi ke menghadapi anak-anak yang susah nak bangun tidur tahun baru ni ? Jangan stress mak-mak, nanti cepat naik darah tinggi, cepat berkedut dan cepat pendek usia. Ini kajian ye, ibu yang suka marah-marah umurnya lebih pendek berbanding ibu yang sentiasa gembira.
Jika mak stress, anak pun akan stres juga. Mood anak-anak akan terganggu untuk satu hari ini. Kesimpulannya mak dan anak akan menghadapi gangguan emosi pada hari itu. Gangguan Mood anak ini boleh menyebabkan gangguan emosi semasa di kelas.
Haa...siapa yang rugi ? Jadi Kak Zura akan kongsikan sedikit tips supaya dapat bantu mak-mak menghadapi masalah kejutkan anak tanpa marah-marah dan anak-anak pun tak menangis.
Antara tipsnya ialah,
1. Reset MINDA. Reset minda anak semasa mereka sudah merebahkan diri di atas katil. Pada masa ini anak-anak perlukan Doa dan bet time story. Selitkan sekali bab bangun awal. Tak percaya cuba buat. Pada masa ini minda anak kita berada diparas bawah sedar. Jadi otak mereka telah diprogram dengan situasi akhir sebelum tidur.
2. Sediakan botol spray seperti di bawah. Ini botol spray kak zura. Setiap kali susah nak bangun Kak Zura akan spray kat muka. Nampak macam kejam sebab mereka terkebil-kebil nak buka mata. Tapi dengan cara ini mak-mak tak payah gunakan suara pun. Tiada tekanan perasaan dan tiada jerit-jerit. Jimat suara mak untuk tempoh 24 jam. Suara nak pakai sampai malam ye mak-mak.
3. Mak-mak boleh cuba cara tarik ibu jari kaki dan panggil nama penuh anak.
4. Dukung terus masuk bilik air dan jirus kakinya dengan air terlebih dahulu, Jangan paksa mereka. Buat secara lembut dan perlahan. Jika anak bersaiz besar mintak bapak-bapak tolong angkat.
5. Tidur awal supaya bangun awal. Jangan biarkan anak tidur sehingga larut mlam.
6. Bagi anak makan vitamin sebelum tidur. Bila mereka cukup nutrisi, mereka akan segar dan ceria di pagi hari. Nutrisi akan membekalkan lebih banyak tenaga dan zat kepada si manja. Jangan tak tahu, anak-anak yang selalu keletihan tandanya mereka kurang nutrisi especially anak yang tidak suka makan sayur. klik disini untuk maklumat lanjut mengenai vitamin anak. Info vitamin anak
Bertabahlah wahai mak-mak untuk bangunkan anak yang susah nak bangun tidur. Gunakan kreativiti yang ada. Jangan marah--marah dan stress. lalui hari anda dengan penuh ceria.
Salam sayang,
Kak Zura
Share Form Our Heart
No comments:
Post a Comment