Assalamualaikum dan salam sayang semua. Sihat hari ini ? daun sirih kini mengalami kepupusan dan terlalu sukar untuk menemuinya lagi. Haaa...dengar tu kepupusan. Jadi korang ken pergi cari daun sirih dan tanam. Orang dulu-dulu makan sirih untuk kuatkan gigi. Rasa sirih ni bukan pahit tapi pedar. Pedar tu macam berdesing la.
Hari ini Kak Zura nak kongsikan tentang manfaat daun sirih buat si jelita. Korang kena buat tau. Ambil daun sirih dalam bilangan yang ganjil dan dan rebus. Tapis air tersebut dan minum. InsyaAllah dapat membantu melancarkan perjalanan darah, menguatkan otot rahim, menghilangkan keputihan dan mengurangkan bau di sekitar vagina.
Ingat kita kena bertanggungjawab atas diri kita. Jangan tunggu suami complain bau macam ikan sadin baru nak menggelabah cari penawar. Rawat sebelum parah.
Owh baru tahu daun sirih KAYA DENGAN VITAMIN C dan ANTIOKSIDA......jeng, jeng, jeng.
Minyak terbang atau batlephenol
Owh baru tahu daun sirih KAYA DENGAN VITAMIN C dan ANTIOKSIDA......jeng, jeng, jeng.
Minyak terbang atau batlephenol
Daun sirih telah teruji secara klinikal memiliki kandungan minyak atsiri cukup banyak. Hingga banyak pihak memanfaatkan daun sirih untuk mengambil minyak atsiri ini. Minyak atsiri pada daun sirih sangat bermanfaat. Salah satunya adalah minyak terbang atau betlephenol. Fungsi minyak terbang ini sangat banyak. Tidak hanya bagi kesihatan namun juga untuk menjaga kecantikan pada wanita.
Salah satu manfaat minyak terbang adalah sebagai antiseptik alami. Sehingga daun sirih sangat berkesan membunuh kuman, virus dan jamur. Minyak terbang ini juga bersifat antioksidan. Anda dapat memanfaatkan daun sirih untuk antioksidan. Fungsi antioksidan adalah menangkal radikal bebas. Sehingga daun sirih dapat digunakan untuk mencegah kanser.
Polevanolad
Daun sirih telah teruji klinikal memiliki kandungan polevanolad sangat tinggi. Polevanolad adalah senyawa yang sangat besar pengaruhnya pada kecantikan. Fungsi terbesarnya adalah menjaga kesihatan kulit. Kulit dicegah dari penuaan dini. Selain itu kulit juga dijaga tetap halus dan bebas jerawat. Dengan pemakaian yang teratur, Anda akan merasakan kulit lebih halus.
Senyawa polevanolad juga berfungsi melindungi kulit dari paparan polusi. Bahkan kesan berbahaya dari sengatan matahari dapat dicegah oleh polevanolad. Debu dengan partikel kecil yang mudah menempel juga akan dihilangkan. Dengan demikian kulit tetap terjaga sihat tanpa perlu kos rawatan yang tinggi.
Alkaloid
Pada sirih terdapat kandungan alkaloid. Dalam sirih merah kandungan alkaloidnya sangat besar dibandingkan daun sirih hijau. Fungsi alkaloid ini sendiri adalah untuk mencegah timbulnya penyakit kulit. Bahkan penderita penyakit kulit seringkali merawat tubuhnya dengan air rendaman daun sirih. Selain mencegah, kandungan daun sirih juga dapat mengubati penyakit kulit. Hingga penyakit kulit yang mengganggu segera hilang.
Penyakit kulit baik dapat berupa gatal-gatal biasa. Infeksi jamur seperti panau juga merupakan penyebab penyakit kulit. Lebih dari itu, daun sirih dapat mencegah datangnya kanser kulit. Selama ini pengaruh matahari dan polusi adalah penyebab kanker kulit paling besar. Lakukan perawatan menggunakan daun sirih untuk mendapatkan kulit cantik dan sihat.
Fitokimia
Daun sirih juga mengandung fitokimia cukup banyak. Fitokimia ini dianggap sebagai pengendali aroma pada daun sirih. Selain aroma, rasa dan juga warna juga dikendalikan oleh fitokimia ini. Hal ini menyebabkan daun sirih memiliki aroma sangat khas dan unik. Biasanya aroma ini banyak digunakan dalam kosmetik. Bahkan tidak sedikit sabun kecantikan yang menggunakan daun sirih.
Fitokimia yang terdapat pada daun sirih bermacam-macam. Selain alkaloid juga terdapat jenis tanin, flavonoid dan saponin. Fungsi fitokimia ini adalah menghalang racun. Selain menghalang racun juga untuk merangsang pembentukan kekebalan tubuh pada manusia. Dengan kandungan fitokimia ini, daun sirih dapat digunakan sebagai antikanser yang kuat.
Vitamin C dan riboflavin
Tidak banyak yang tahu bahawa daun sirih memiliki kandungan vitamin C cukup banyak. Sehingga daun sirih dapat digunakan untuk memenuhi keperluan vitamin C dalam tubuh.
Selain vitamin C, daun sirih juga memiliki kandungan riboflavin. Banyak ahli menyebutnya sebagai enzim co-riboflavin. Manfaat enzim ini sangat besar dalam kesihatan mata. Sehingga daun sirih juga dapat dimanfaatkan untuk menjaga kesihatan mata. Selain menjaga kesihatan mata, riboflavin juga berkesan mengatasi jerawat. Kandungan daun sirih yang sangat kompleks ini akan memastikan kesihatan anda terjaga dengan baik.
Salam Sayang dari,
Kak Zura
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi kak zura untuk consultation percuma.
011-10753394
SID1211475
Share From My Heart
No comments:
Post a Comment