Wednesday, 27 July 2016

BAGAIMANA NUTRIWHITE SHAKLEE MEMBANTU KITA KEKAL CANTIK DAN SEMAKIN CANTIK

Hai ladies, Hello Gorgeous. Terima Kasih dan selamat datang kepada semua Si Jelita yang mengunjungi blog saya. Entri menarik yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah bagaimana NutriWhite Shaklee membantu kita kekal cantik dan semakin cantik. 


Semua wanita di dunia ini dilahirkan cantik. Cantik itu sangat subjektif dan berbeza mengikut pendapat masing-masing. Cantik itu indah. Semua wanita ingin cantik. Tapi bagaimana ? 

Tambahan sekarang rating tertinggi viral mengenai kes muka rosak akibat kesalahan guna produk. Saya bukan nak kondem mana-mana produk kecantikan. Saya juga pencinta kecantikan dan telah mencuba pelbagai jenis produk tetapi keputusannya menghampakan.

Selepas melahirkan anak sulung, muka saya mengalami alahan jerawat yang sangat teruk. Pelbagai jenis produk yang saya cuba dari harga murah sehinggalah harga mahal. Saya tidak pernah serik, itu fitrah wanita. Mencuba dan terus mencuba. Sanggup berkorban duit kan nak cantik. Anda setuju ? 

Produk murah ni macam-macam jugak saya guna. Kalau senaraikan mau panjang berjela. Bila tak berkesan buang dan beli yang lain. Pantang je orang cakap terus beli.

Pengalaman pertama saya menggunakan produk mahal ialah Set Kecantikan MiraQ Healin Gamat. Satu set ni berharga lebih kurang RM450.00. Lepas je pakai muka saya bertambah teruk jerawat dan bernanah. Saya berhenti menggunakannya. 

Pengalaman kedua hebat sikit, dek kerana terpengaruh dengan iklan tv saya pun pergi untuk mendapatkan rawatan di pusat kecantikan di New York Skin Care. Kos  yang dijanjikan untuk kulit confirm bersih ialah RM8000. Saya terpengaruh sebab perjanjiannya cukup hebat dan ada jaminan. Jadi saya pun bersetuju.  Setelah menjalani 7 sesi, muka saya macam tu jugak. Ada pulak tawaran yang best jika saya tambah lagi RM6000 muka saya akan ok. Saya tak nak teruskan dah. 


Kecewa pun ada duit dah banyak keluar ni. Jika saya berhenti pada sesi ke 7 lebihan wang tidak akan dikembalikan. Seterusnya saya cuba pula produk Mary Kay dan satu set ini lebih kurang RM450.00. Masa ni teruja sebab muka nampak perubahan. Tapi bila masuk set kedua timbul pulak jeragat yang banyak di bawah mata. Nampak gayanya terpaksa juga stop. Hati dah kecewa dah konon-kononnya.


Pada bulan September tahun 2015 saya menyertai Projek Home & Mobile Spa anjuran The Walking Beauty. Produk yang digunakan 100% set Nutriwhite Shaklee. Sebelum ni saya tak pernah tahu yang Shaklee ada set penjagaan wajah. wapaupun saya menggunakan. Macam mana nak tahu sebab supplemen Shaklee pun tak pernah makan.

Saya bersyukur dipertemukan dengan projek ini. Allah temukan saya dengan produk yang berkesan untuk mengatasi masalah bukan sahaja kulit saya malah kulit wanita-wanita yang ingin tampil semakin cantik berseri. Pada mulanya saya hanya buat Spa untuk customer sahaja. Saya langsung tidak menggunakannya. Tetapi apabila feedback yang diberi sangat baik dan ada yang dah booking slot spa setiap bulan menggerakkan hati saya untuk mencuba. Inilah Shaklee Effect yang betul-betul nampak perubahan pada kulit wajah saya.





KORANG TAU TAK APA YANG BESTNYA NUTRIWHITE NI ?

1. Kajian Tentang Nutriwhite

Nutriwhite Shaklee telah dihasilkan selepas  3 tahun kajian pembangunan yang dijalankan oleh Saintis Amarika Syarikat dan Pakar Kulit Jepun. Nutriwhite terbukti selamat dan berkesan kerana 100% sumber flora semulajadi. Mempunyai paten tersendiri yang membantu pengurangan melanin dan mencerahkan kulit



2. Bahan-Bahan Semulajadi Dalam Nutriwhite

Nutriwhite yang berkualiti dihasilkan dengan menggunakan penggabungjalinan 16 sumber botani semulajadi. 

1. Bearberry 
meringankan, mengurangkan keradangan dan melegakan kulit muka
2. Soybean 
 mencerah, melembutkan, melembap dan kurangkan tompok
3. Skullcap
 meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
4. Beech Tree 
 meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
5. Strawberry Begonia 
mencerahkan pigmentasi
6. Mulberry 
mencegahkan kerosakan dari sinaran matahari dan melembapkan
7. Peony 
mencerahkan, melembapkan dan kurangkan radang.
8. Rosemarry 
 mengetatkan, merangsang keanjalan kulit dan legakan keradangan.
9. Aloe Vera -
melegakan, melembapkan dan keradangan
10. Mountain Arnica
 mengurangkan keradangan dengan flavones
11. Cat's Claw 
menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin
12. Kudzu Leaf & Roots 
 menegangkan dan kurangkan keradangan drnha isoflovanes
13. Linden 
menyuburkan dan hidrasi hingga ke dalam kulit
14. Marshmallow 
melembabkan dengan tanin
15. Seaweed 
 mengeluarkan, memelihara dan menegangkan kulit

16. Green Algae 
menyahtoksin dan melembapkan kulit


3. Fungsi Nutriwhite yang membantu kita kekal cantik
  • Menghalang kerosakan kulit akibat cahaya matahari dan UV
  • mengurangkan pigmentasi pada kulit
  • menghalang tompok-tompok gelap pada kulit
  • mencerahkan kulit dan warna sekata
  • memperbaharui sel-sel kulit yang rosak dan membantu hilangkan parut
  • proses pemulihan kulit secara semulajadi dan tidak memberi tekanan pada kulit 
  • memberi penyerapan 100% pada kulit wajah sehingga ke bahagian lapisan bawah kulit
  • tiada bahan kimia yang boleh menjejaskan struktur kulit
  • lapisan lembut kulit wajah tidak nipis dan tidak terhakis



SET PENJAGAAN WAJAH 



1. NUTRIWHITE ACTION MAKE-UP REMOVER


Beach Tree dalam make-up remover ini berfungsi untuk menghilangkan sel-sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan. Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit. Selepas menggunakan NW Make-up Remover kulit akan menjadi licin, lembut, tidak berminyak dan berseri. 


2. NUTRIWHITE GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER


Seaweed mempunyai keunikan  untuk menghilangkan kekotoran secara lembut, membuang sel mati dan menegangkan. selain itu, Green Algae juga membantu menyahtoksin dan melembapkan wajah dan fungsi Strawbery Begonia ialah untuk mencerah dan menyeimbangkan pigmentasi. NW Gentle Deep Foaming Cleanser membersih dan menyegarkan secara alami.

3. NUTRIWHITE SOOTHING RADIANCE WHITENING SOFTNER


Keharuman Rosemary yang memberikan kesegaran kepada kulit dan menegangkan. Ditambah pula dengan keunikan Kudzu Leaf  yang bersifat nuetral mencerah dari dalam dan gabungan unik Marshmallow  yang sangat berkesan melembapkan wajah. NW Sooting Radiance adalah sentuhan yang sangat lembut dan mengembalikan kulit wajah pada PH yang seimbang. 

4. NUTRIWHITE  DAILY DEFENSE WHITENING ESSENCE


Essence ini mengandungi Bearbery  yang berfungsi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit. Strawberry Begonia  pula dapat mengimbangkan pigmentasi pada kulit wajah. Selain itu  Soy Bean dapat melembut dan mengurangkan tompok-tompok hitam pada wajah. Tambahan pula gabungan Mulberi dan Vitamin C dapat mencegah kulit  daripada kerosakan sinaran cahaya matahari dan dapat mengembalikan seri wajah. NW Essence sangat mudah diserap oleh kulit. Saya nak kongsikan sedikit keunikan Mulberi  ini, selain buahnya yang kaya dengan vitamin c, daun Mulberi  juga dimakan oleh ulat sutera. Ulat sutera yang memakan daun Mulberi ini akan menghasilkan sutera yang cantik dan mahal harganya. 

5. NUTRIWHITE SPOT WHITENING TREATMENT


Peony yang terkandung didalamnya amat bernilai kerana mempunyai kuasa pencerahan dan melindungi kulit daripada keradangan. Digabungjalin bersama Cats Claw untuk menegangkan kulit dan kandungan Vitamin C membawa kecerahan yang baru untuk kulit yang lebih halus. NW Spot Whitening dapat memperbaiki kesan matahari serta jeragat pada kulit secara semulajadi dan sangat berkesan.

6. NUTRIWHITE DAY TIME WHITENING LOTION


Kaya dengan pati botani Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari. selain itu campuran bunga Mountain Arnica dapat membina sel-sel kulit akibat keradangan dan melindungi kulit daripada kesan pancaran UV serta dapat membina daya ketahanan terhadap kerosakan persekitaran.

7. NUTRIWHITE OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM


Kesan yang sangat optimum untuk memperbaiki dan mengembalikan  keremajaan kulit. Gabungan hebat Linden, Scullcap, dan Vitamin C dapat menyihatkan kulit  dan melembapkan kulit secara mendalam. rasailah keunikan NW overnight kerana memperbaiki struktur kulit akibat  kesan terdedah pencemaran persekitaran. 




TEKNIK CUCIAN WAJAH YANG BETUL



Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit bolehlah mencuba set NUTRIWHITE ini. Belum cuba belum tahu. InsyaAllah saya akan bantu wanita-wanita diluar sana untuk tampil cantik dan semakin cantik. Saya juga pernah mengalami masalah kulit sedikit masa dahulu, tetapi saya tidak putus asa untuk mencuba. Percubaan saya kali ini tepat dan berhasil. 

Jom kita sama-sama cantik. Cantik secara semulajadi dan sihat. Kulit yang sihat akan memaparkan wajah yang sihat InsyaAllah dengan izin Allah. 

#SHAKLEE EFFECT 1


#SHAKLEE EFFECT 2


#SHAKLEE EFFECT 3


#SHAKLEE EFFECT 4



Salam sayang,













Nur Azura bt Mohamad Yusop
@ 011.1075.3394

SID 1211475










Sunday, 24 July 2016

PULIH KEPUTIHAN SECARA SEMULAJADI

Assalamualaikum semua pembaca yang saya sayangi. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkunjung di blog saya. Hari ini saya nak kongsikan  topik menarik iaitu 'Hilang Keputihan dan membina kembali hubunga intim bersama suami'




KEPUTIHAN adalah normal atau penyakit ?

Keputihan sebenarnya normal bagi setiap wanita. Keputihan yang normal terjadi semasa ketika kedatangan haid. TETAPI sekiranya tidak dicegah keputihan yang normal akan berlarutan menjadi penyakit. Keputihan yang banyak akan menyebabkan kegatalan dan kemerah-merahan di sekitar miss 'V' dan sangat membahayakan sekiranya tidak diatasi dengan segera. Ini kerana keputihan yang banyak, gatal dan berbau menunjukkan sekitar kawasan miss 'V' anda telah dijangkiti kulat Candida. Ramai wanita yang tahu mereka ada masalah keputihan tetapi mereka mendiamkan diri, malu untuk berubat dan berkongsi masalah mereka. 

Jangan pandang remeh isu keputihan ini. Keputihan yang banyak boleh mengakibatkan kawasan miss 'V' longgar dan boleh menjejaskan keintiman semasa hubungan bersama. Tambahan pula bau yang kurang menyenangkan akan membuatkan perasaan wanita rendah diri dan malu terhadap masalah yang dihadapi. Bagi lelaki pula, mereka akan merasa tidak selesa semasa bersama. Disebabkan hal ini masing-masing akan menjauhkan diri dan secara tidak langsung menghilangkan mood untuk bersama.



KEPUTIHAN sangat bahaya untuk vagina 



Keputihan menjadi begitu serius apabila:
  • Keluar cecair yang kental dan berbau busuk seperti bau hanyir telur
  • Keputihan berwarna kelabu / putih atau kuning / hijau dengan bau busuk
  • Menimbulkan rasa gatal sekitar vagina
  • Rasa panas sekitar vagina
  • Vagina sentiasa basah dan mengeluarkan cecair
  • Keputihan yang banyak,gatal-gatal ,ruam atau luka pada kawasan vagina
  • Keputihan dalam tempoh yang berterusan
  • Sakit pada kulit vagina ketika membuang air kecil
  • Keputihan menjadi bergumpal dan kenyal
Faktor yang menyebabkan terjadinya keputihan :

1. Faktor pemakanan memainkan peranan penting kerana apa sahaja yang kita makan akan menentukan tahap kesihatan kita. Jika kita gemar makan makanan segera maknanya tubuh badan kita akan lebih terdedah kepada toksin. Toksin yang berlebihan akan mengundang pelbagai jenis penyakit dan salah satunya keputihan.

2. Faktor persekitaran juga menjadi punca kepada penyebab keputihan. Setiap hari kita akan terdedah dengan radikal bebas hasil daripada pencemaran asap, pencemaran udara, pencemaran air, dan pelbahai jenis pencemaran yang mengundang penyakit. Persekitaran yang tidak sihat dan tercemar membuatkan tubuh badan kita termendap dengan penyakit. Fakta yang perlu anda tahu, keputihan yang banyak boleh menyebabkan kita keletihan sepanjang hari.

3. Memakai seluar dalam yang ketat juga salah satu faktor yang mengundang kepada penyebab keputihan. Seluar dalam yang ketat akan menyebabkan kawasan vagina berpeluh dan basah. Kelembapan disekitar vagina akan mengundang pertumbuhan bakteria dan kulat.

4. Penggunaan tandas awam juga boleh menyebabkan terjadinya keputihan. bekas-bekas penggunaaan orang lain yang mungkin telah dijangkiti akan menjangkit kita. oleh itu elakkan penggunaan tandas duduk semasa berada di tandas awam.

5. Emosi juga memainkan peranan penting dalam merembes cecair dalam badan. cecair yang biasa dan terkawal adalah normal tetapi sekiranya berlebihan akan mengundang gangguan. Emosi uang tidak stabil dan kerap stress akan mengeluarkan lebiih banyak cairan daripada tubuh.

6. Penggunaan ubat-ubatan kecantikan atau kurus yang tidak sesuai dengan hormon kita. selain itu juga, pengamal pil perancang juga menjadi penyebab kepada keputihan.

Cara mengatasi keputihan

1. Kurangkan makanan yang mengandungi susu.

2. Kurangkan penggunaan gula dalam makanan seharian. Makanan manis adalah penggalak bakteria.

3. Memakan sayuran hijau dan buahan yang segar kerana dapat membantu melawan pembikan bakteria yang disebabkan keputihan.


4. Mengamalkan gaya hidup sihat dengan aktiviti beriadah, bersukan dan tidur yang cukup.

5. Menjaga kebersihan vagina dengan sentiasa membasuh dengan air bersih dan menggunakan teknik cucian dari hadapan ke belakang.

6. Cuci dengan air garam suam dan basuh kawasan vagina dengan teknik semulajadi ini 3 kali seminggu. Air suam dapat mematikan kuman dan bakteria yang melekat sekitar vagina.

7. Memilih pakaian dalam yang tepat dan kerap tukar apabila basah atau berpeluh.

8. Kerap menukar Pad semasa period dalam tempoh 3 jam sekali bagi mengurangkan jangkitan kuman pada vagina.

9. Biasakan mencuci tangan apabila mnyentuh vagina.

10. Hindari memakai bedak dipersekitaran vagina.

11. Sentiasa sediakan tisu atau tuala. Keringkan vagina selepas membunag air kecil atau air besar.

12. Basuh dan bersihkan vagina selepas mengadakan hubungan intim.

13. Jangan menggaruk vagina dengan tangan kerana akan menyebabkan bakteria semakin membiak. 


14. Menggunakan air rebusan sireh dan majakani untuk melindungi organ reproduktif kita. 





Vagina berfungsi sebagai laluan antara bahagian luar badan dan organ-organ pembiakan dalaman. Keputihan boleh menyebabkan wanita mandul, muka kusam, cepat tua,  eye bag, ketumbuhan , bau yang memalukan dan hubungan intim menjadi tawar. Semasa hubungan intim,  keputihan yang teruk akan melekat pada alat sulit suami. Suami juga boleh merasakan gatal yang sama akibat kesan keputihan tersebut.  Jangkitan yis dan bakteria merebak terlalu cepat menjadikan keputihan makin banyak dan jangan ingat keputihan itu tak serius.

Saya tahu anda mempunyai masalah keputihan kerana setiap wanita tidak terlepas daripada masalah ini. Anda risau, anda malu dengan suami, anda stress dan malu pada diri sendiri. Masalah ini jangan disorok atau disimpan untuk menutup malu anda. keadaan akan menjadi bertambah parah sekiranya tidak dirawat. Selain  mengamalkan tips cara mengatasi keputihan diatas sebagai pencegahan dibahadian luar vagina, saya nak kongsikan tentang bagaimana penjagaan dalaman juga sangat membantu merawat keputihan. Lindungi dalaman dan jaga luaran akan menampakkan hasil yang berkesan.

Mungkin ramai wanita yang tidak tahu tentang keistimewaan dan keajaiban Alfalfa ini. Sesiapa yang pernah makan pasti teruja dengan keberkesanannya. Alfalfa merupakan jamu moden yang bertindak sebagai 'perapat'  dan membantu mengatasi masalah keputihan kaum wanita. 



POKOK ALFALFA MATANG

Apa yang uniknya Alfalfa ini ye ? 

Alfalfa sangat unik kerana Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan Alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Apa kaitannya Alfalfa dengan keintiman ?

Nak tahu tak ? Salah satu fungsi Alfalfa yang awesome ialah merawat keputihan yang di alamai oleh para wanita. Keputihan yang teruk boleh menjejaskan kebersihan kawasan miss'V' wanita dan menjadi lebih teruk lagi sekiranya keputihan tu mengeluarkan bau. Alfalfa ni dikira sebagai raja herba. 1001 kebaikan Alfalfa dapat diperolehi jika diamalkan secara konsisten.

Alfalfa Shaklee 1001 kebaikan kepada si pengamalnya. Terdapat 19 khasiat AlFALFA yang perlu diketahui

- Legakan sakit sendi dan belakang.
- Hilangkan kelesuan dan tekanan
- Legakan pms
- Bagus untuk allergic dan keradangan
- Rawat asma
- Buang toksik dalam badan
- Cuci buah pinggang dan rawat kencing kotor
- Neutralkan asid dalam badan
- Menegangkan payudara
- Rawat masalah keputihan
- Bertindak sebagai kacip fatimah wanita
- Buang angin dlm badan
- Milk booster
- Meningkatkan stamina suami
- Melegakan sembelit
- Merawat arthitis
- Mencuci Usus
- Pulihkan urat selepas bersalin
- Sari Perapat

TESTIMONI KEPUTIHAN YANG TERUK


#ShakleeEffect 1


#ShakleeEffect 2



#ShakleeEffect 3



#ShakleeEffect 4 





Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat perundingan  kesihatan dan kecantikan secara percuma.

jika anda mempunyai masalah kesihatan dalaman jangan segan dan malu untuk berkongsi. InsyaAllah saya akan bantu anda mengatasi masalah anda. rawat secara semulajadi dan cegah sebelum parah.


HUBUNGI SAYA

AZURA YUSOP

~PAKAR NUTRISI ANDA~

011.1075.3394

SID  1211475



















Thursday, 14 July 2016

RAMUAN TINGGI ANTIOKSIDA VIVIX

 
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang cantik jelita. Saya sangat-sangat percaya bahawa semua wanita dilahirkan cantik. Cantik itu sangat subjektif. Sempena bulan kecantikan ini saya ingin kongsikan tentang sumber Resveratrol dan antioksida terbaik yang hanya terdapat dalam VIVIX. 


Apa itu VIVIX?

Namanya sangat unik kerana hanya dia sahaja yang menggunakannya dan tidak terdapat pada mana-mana nama ubat atau nama supplemen di pasaran dunia. Contohnya, jika dilihat, terdapat pelbagai jenis Vitamin C yang berada dipasaran, cuma nama dan kandungan sahaja berbeza. Tetapi uniknya VIVIX ini ialah  hanya satu nama sahaja dan ianya terdapat HANYA di Shaklee.  Khasiatnya juga berbeza dan paling unik lain di antara yang lain. 

Vivix Shaklee ialah minuman campuran botani revolusi terbaru di dalam pemakanan resveratrol dan polifenol. Terdapat 4 ramuan hebat yang terdapat dalam Vivix  Shaklee. Ia mengandungi campuran unik botani Anggur Muscadine, Elderberi Eropah, Polygonum Cuspidatum dan Lobak Ungu yang kaya dengan resveratrol dan polifenol.

Nak tahu apa ramuan VIVIX ini ? Jom kita selusuri 4 ramuan dalam kehebatan Vivix.


Japanese Knotweed (Polygonum Cuspidatum)

Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak faedah kesihatan dan digunakan di dalam makanan tambahan anti penuaan seperti resveratrol dan banyak ubat-ubatan tradisional Cina. Para saintis telah menjalankan banyak ujian yang menyimpulkan resveratrol yang membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kolesterol, tekanan darah rendah, meningkatkan prestasi olahraga, dan menggugurkan kilo yang tidak diingini.


Lobak Ungu (Purple Carrot)

Lobak ungu mengandungi antioksidan yang lebih tinggi dari lobak merah dan mempunyai ciri-ciri anti-radang. Ini membuatkan ia sangat berguna dalam rawatan artritis. Didapati ia juga mengandungi ciri-ciri anti-virus, antiseptik dan antimikrob, dan mengandungi antikarsinogen dan beta kerotena.

Antikarsinogens membantu mengurangkan risiko kanser dan juga membantu untuk melawan sel-sel kanser yang sedia ada di dalam badan kita. Lobak ungu juga cemerlang dalam menentang virus serta jangkitan bakteria, seperti selesema, campak dan jangkitan dalaman saluran kencing, mulut dan perut.

Lobak ungu mengandungi dos yang tinggi Vitamin A, yang membantu untuk mengelakkan arteri tersumbat dan dengan itu membantu mencegah strok. Ia juga mengandungi vitamin B, C dan E serta pectate kalsium, yang merupakan sumber serat yang sangat baik, dan ia membantu untuk menurunkan paras kolesterol.

Lobak ungu juga terkenal untuk menyuburkan rambut, kulit dan kuku, dan juga sangat membantu dalam meningkatkan kualiti susu ibu. Ia juga mengandungi satu bentuk kalsium yang lebih mudah dihadam oleh badan kita berbanding sumber-sumber lain . Akar lobak telah lama digunakan dalam merawat parasit usus, pencernaan, isu-isu tonsil dan sembelit. Pada masa dahulu, lobak ungu telah digunakan sebagai ubat untuk merawat hampir semua penyakit. Kajian juga menunjukkan bahawa jus lobak ungu dapat menurunkan tekanan darah , menstabilkan gula darah, dan membantu dalam memerangi penyakit hati dan penyakit jantung.


Europe Elderberry

Elderberries telah menjadi ubat tradisional selama berabad-abad di Amerika Utara, Eropah, Asia Barat, dan Afrika Utara. Elderberry bermanfaat dalam menurunkan kolesterol, memperbaiki penglihatan, meningkatkan sistem imunisasi, meningkatkan kesihatan jantung dan untuk batuk, selesema, flu, jangkitan bakteria dan virus dan tonsilitis.

Bioflavonoids dan lain-lain protein dalam jus elderbery bertindak memusnahkan  virus demam dan selsema menjangkiti sel. Orang yang selsema jika mengambil jus elderberry akan memberi kelegaan dan dapat mengembalikan kesihatan serta-merta.  Jus Elderberry telah digunakan untuk merawat wabak selesema di Panama pada tahun 1951.

Kajian para saintis juga menunjukkan anthocyanin elderberry meningkatkan fungsi imun dengan meningkatkan pengeluaran cytokines. Ia merupakan protein unik yang bertindak sebagai ‘utusan’ dalam sistem imun untuk membantu mengawal tindak balas imun, seterusnya membantu untuk mempertahankan badan terhadap penyakit. Ekstrak elderberry juga bertindak mengurangkan (LDL) iaitu kolestrol jahat merupakan faktor penyumbang kepada penyakit kardiovaskular.


Muscadine Grapes

Anggur Muscadine adalah ramuan utama dalam Vivix Shaklee. Saiznya adalah lebih kurang sebesar biji bola golf. Ia telah ditemui pada tahun 1810 di North Carolina, yang tumbuh liar di hutan. Anggur ini berasal dari tenggara Amerika Syarikat dan telah menyesuaikan diri dengan keadaan yang panas lembap di rantau itu. Anggur super ini telah dikaji oleh para penyelidik telah mengenal pasti sebanyak 88 sebatian antioksidan yang berbeza dalam anggur muscadine. Tujuh belas sebatian adalah unik untuk anggur muscadine. Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom. Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak ditemui di dalam anggur jenis lain dan menunjukkan ciri-ciri yang membantu menghentikan kimia penyebab perkembangan sel-sel abnormal (Sel yang tidak normal ialah sel-sel kanser), sebagai anti bakteria dan anti virus.


Rajah di atas menunjukkan betapa tingginya kandungan antioksida yang terkandung di dalam anggur muscadine berbanding buah-buahan lain. Kandungan antioksida yang tinggi inilah yang menyediakan lebih banyak faedah kesihatan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya EKSKLUSIF hanya untuk Shaklee. Hampir 200 ujian dilakukan dan ada penambahbaikan dalam setiap proses penghasilan produk. Maka terhasillah Vivix Shaklee. Ikhtiar dengan Vivix, dengan izin Allah, asbab Vivix ini telah membantu ramai orang menjadi sihat. Sehingga kini , TIADA  produk lain yang mengandungi kepekatan antioksida yang sangat tinggi sehingga 6000 ORAC per sudu teh selain Vivix Shaklee. 


Antara kebaikan Vivix Shaklee yang kita perlu tahu 


  • Menggalakkan penuaan yang sihat- awet muda dan anti penuaan
  • Membantu mengelakkan kanser dan merencatkan sel-sel kanser menjadi semakin serius
  • Mengurangkan resiko penyakit jantung dan melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi penyakit kencing manis
  • Baik untuk kesihatan mata
  • Mengawal paras gula dalam saluran darah
  • Menyokong kesihatan sendi dan melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk dan membantu merawat azhameir
  • Membantu merawat pesakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit stroke
  • Menggalakkan kesihatan menyeluruh

Jika anda nak cuba Vivix....Vivix adalah HIGHLY RECOMANDED untuk menambah nilai kesihatan anda. Kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Laburkan sedikit wang anda untuk kesihatan yang tidak ternilai. Hadiahkan Vivix untuk orang-orang tersayang disekeliling anda. Vivix adalah set premium yang berkualiti untuk kesihatan dan kecantikan optimum.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut :

Nur Azura Yusop

011.1075.3394

SID 1211475

~ Rakan Vivix Anda~


Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved| Design by Pawona Kreatif