Monday, 22 August 2016

MENGAPA SAYA YAKIN & BERTAMBAH SAYANG PADA SHAKLEE

Salam ceria & salam penuh kasih sayang.  Saya doakan semua pembaca yang sudi berkunjung di blog saya ini sentiasa dalam lindungan-NYA dan rahmat-NYA. Entri saya pada kali ini ialah menyentuh tentang mengapa saya yakin dan semakin bertambah sayang pada Shaklee

Saya mula mengenali Shaklee pada September 2015. Saya berjinak-jinak dengan Shaklee melalui projek 'The Walking Beauty' iaitu satu projek buka Spa tanpa kedai. Saya sememangnya berminat dengan dunia kecantikan dan atas sebab itu saya join Spa ini tambahan pula boleh memberi pendapatan sampingan kepada saya. 

Bertitik tolak daripada Projek inilah menjadikan saya bertambah yakin dan sayang pada Shaklee. 

Korang nak tahu kenapa ? 

SEBAB PALING UTAMA  ialah Shaklee Effect yang betul-betul memberi kesan kepada saya, suami, anak dan paling menakjubkan kesan terhadap ibu saya yang juga penghidap Diabetis tegar. 




 SHAKLEE EFFECT

SHAKLEE telah memberi kesan dalam hidup saya, keluarga dan orang sekeliling saya. Sebelum terlebih dahulu menguji diri dan keluarga saya keberkesanan Shaklee sebelum saya cadangkan kepada orang lain. Matlamat utama saya memberikan Suplemen terbaik untuk keluarga saya sebab saya tahu keasliannya. 

  • #SHAKLEE EFFECT 1 :  KESAN PADA DIRI SAYA SENDIRI
#ShakleeEffect pada diri saya sendiri ialah saya mempunyai masalah kulit berjerawat yang agak teruk. Pelbagai jenis produk saya dah cuba tapi tidak berkesan. Saya pernah pergi mendapatkan rawatan di New York Skin Care dengan melibatkan jumlah kos yang sangat besar. Tapi kesannya menghampakan dan tiada pulangan wang jaminan sebab muka saya tiada perubahan langsung. Seterusnya saya pernah mencuba Produk Healin Gamat Mira Set, tapi sama juga dan lebih teruk lagi apabila jerawat tumbuh bagai cendawan subur. Selepas itu saya mencuba Mary Kay. bulan pertama nampak kesan, bulan kedua bertambah baik dan saya jadi sangat exited. masuk bulan ke 5 menggunakan Mary Kay muka saya jadi macam terbakar dan kemerah-merahan. Jeragat mula naik di bahagian bawah mata. Aduhai....kadang-kadang stress juga tau dibuatnya sebab produk yang saya guna boleh dikategorikan sudah mempunyai jenama. Habis duitku melayang. 

Tapi selepas saya menggunakan Shaklee, segala-galanya berubah sedikit demi sedikit. Peringkat awal saya mencuba vitamin terlebih dahulu. Saya ambil Vitamin C dan Vitamin E untuk kulit. Set penjagaan wajah saya menggunakan Set Nutriwhite kongsi sekali dengan Spa punya. Jimat kan boleh kongsi pulak dengan Spa punya. Shaklee adalah produk 100% Natural, jadi kesannya bukan drastik. Proses keberkesannya agak lambat tetapi berkekalan dan berpanjangan. Selepas itu saya mencuba pula vitamin-vitamin lain dan wow menampakkan kesan pada perubahan diri saya. Saya juga sertai #ProgramDetox. Melalui Program detox inilah,  saya bertambah jatuh ciinta dengan Shaklee. Berat badan saya turun mendadak dengan HANYA mengikuti Program detox.





  • #SHAKLEE EFFECT 2 : KESAN KEPADA SUAMI SAYA
Suami saya mempunyai masalah migrain yang teruk. Bila dia migrain saya akan menangis kerana dia sakit yang teramat sangat sampai nak hantuk kepala kat dinding untuk meghilangkan kelegaan. Biasanya 2 minggu sekali memang dia akan kena migrain. Sebelum ini, hanya bergantung kepada klinik. susah jugak tau saya nak pujuk dia mencuba #SetMigrain Shaklee. Dia memang tak berapa percayakan vitamin dan dia tak suka nak makan ubat. Setelah saya yakinkan dia dan saya pujuk dia, alhamdulillah dia bersetuju nak cuba set Migrain. Kesannya sangat positif, suami dah jarang sakit kepala. Alhamdulillah dia sendiri yang perasan perubahan sakit kepalanya semakin berkurangan. Sehingga ini, dia konsisten makan set migrain  #VitaminC, #Bcompleks dan #Alfalfa. Apabila dia rasa keberkesannya dia jadi exited, dia tanya saya ada tak untuk tenaga, otot, penjagaan wajah dan macam-macam lagilah. Sekarang dia kongsi vitamin dengan saya, apa saya makan dia nak makan. Mungkin dia juga perasan perubahan saya. 



Suami saya semakin sihat dan lebih bertenaga. Saya perlu menjaga kesihatan dia kerana dialah ketua keluarga dan dialah pemberi nafkah kami. Jika dia tidak sihat bagaimana dia nak menjalankan tugas dengan baik. Maklumlah umur dah meningkat, sedikit sebanyak ada penyakit yang nak melekat.

  • #SHAKLEE EFFECT 3 : KESAN KEPADA ANAK SAYA
Effect terhadap anak paling terkesan dihati saya. Rasa bersyukur pada Allah kerana asbab Shaklee ini kehidupan anak saya lebih sihat sekarang. Sebenarnya Naufal lahir tak cukup bulan, hanya 28 minggu. seluruh sistem badannya belum lengkap lagi. tambahan pula doktor sendiri mengesahkan yang anak saya 50/50 untuk hidup.

Berkat doa kami sekeluarga, Naufal dapat boleh hidup dan membesar seperti kanak-kanak lain. Proses nak membesarkan Naufal penuh cabaran dan kesabaran. Naufal selalu sakit. kerana menurut doktor, baby yang lahir pra matang akan mempunyai masalah kesihatan disebabkan antibodi yang tidak cukup kuat. Kami ada panel pakar sendiri untuk anak kami. Dalam sebulan 2/3 kali Naufal perlu berjumpa doktor. Dia juga mempunyai masalah pernafasan. Menjaga baby pramatang sangat-sangat rumit dan perlukan penjagaan rapi.  Selepas saya mengamalkan #set kanak-kanak Shaklee untuk dia, tempoh ke klinik berkurangan dan Naufal menjadi lebih sihat. Alhamdulillah. #Nutriferon memang superb.

Mengapa saya kata superb ?  superb sebab anak saya hanya sekali sekala sahaja terkena demam dan jika demam, selsema dan batuk pun hanya dua tiga hari sahaja. Berikut saya share link nutrisi lengkap untuk si Manja dan khasiatnya untuk anak. Nutriferon adalah penggalak antibodi semulajadi untuk anak saya. pengambilan awal perlu untuk protect anak saya daripada penyakit. musim jerebu kuat, relaks je dia. 

http://nurazurayusop.blogspot.my/2016/06/nutrisi-lengkap-untuk-si-manja.html



Video Naufal semasa di NICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru


Inilah buah hati saya Naufal yang manja. Sentiasa riang gembira dan manja. Antibodinya cukup kuat untuk melawan penyakit. 


  • #SHAKLEE EFFECT 4 : KESAN KEPADA IBU SAYA
Sebagai seorang anak, tiada lebih menggembirakan saya apabila melihat ibu dan ayah sihat di depan mata. Setelah saya rasa kesannya terhadap saya, suami dan anak, saya bertekad untuk memberi ibu mencuba #Set Diabetis. Saya bimbang kesihatan ibu kerana ibu adalah penghidap diabetis selama 30 tahun. tempoh yang terlalu lama menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan yang mengganggu ibu. Diabetis menyebabkan mata ibu kabur, otot-otot tidak kuat, keletihan, penurunan berat badan yang mendadak dan kurang selera makan. 

Bonus pertama, saya menghadiahkan ibu Set Premium Diabetis. Saya mintak ibu ikhtiar kerana selama ini hanya bergantung insulin dan ubat sintetik. Ibu saya penghidap diabetis tegar. Bacaan gulanya antara 15-30 mmol/l. 

Apabila ibu memaklumkan khabar berita gembira ini pada saya, saya menitiskan air mata. Semasa ibu menelefon saya, dia sangat sebak, dia memberitahu saya yang bacaan gulanya terus ke paras normal dan medical Check-upnya cantik. Tiada apa yang boleh saya ungkapkan untuk melihat kesihatan dan kebahagiaan ibu. Ibulah orang yang paling banyak berkorban dan sekarang tibalah masanya saya ingin membalas jasa ibu. 


Inilah ibu saya, Mahani Ahamad. Berusia 63 tahun. bonus untuk ibu saya tau. Nak tahu sebab apa? Ibu saya makan #VIVIX untuk diabetis dan bonus yang ibu dapat ialah dia kelihatan lebih muda dan cergas kerana salah satu fungsi Vivix ialah menggalak penuaan yang sihat. Vivix memperbaiki sel hingga ke DNA. Sel yang sihat akan menggalakkan penuaan yang sihat dan menampakkan lebih muda.



Ini ialah kad Klinik ibu. Walaupun ibu mula mengamalkan Shaklee, ibu tetap pergi ke klinik untuk cek tahap kesihatan dan nasihat doktor.  Bacaan gula ibu menunjukkan kadar perubahan yang cantik. Gula dalam Urin ibu juga berkurang dari 3+ kepada 2+ dan seterusnya negatif. Protein dalam Urin juga pada 22/3/2016 ( 1+ ) berubah kepada negatif.  Ya Allah betapa syukurnya aku dengan perkhabaran dan kesihatan ibu Ya Allah. 

Kini terbuktilah mengapa hanya Shaklee menjalankan LANDMARK STUDY  untuk produknya. Landmark Study ini dikaji oleh pihak ke 3 iaitu Prof Glady Block ( Pencipta piramid makanan yang digunakan diseluruh dunia)  Landmark Study menunjukkan sesiapa yang consume Shaklee , menunjukkan tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak mengamalkannya. Kajian ini memang terbukti apanila ibu saya sendiri menjadi testimoni saya. 


Alhamdulillah. Selain mengamalkan suplemen Shaklee, Ibu juga menjalankan rutin harian seperti biasa. Ibu pergi ke Klinik kesihatan mengikut temujanaji, Ibu juga mengamakan diet yang seimbang mengikut jadual, dan ibu juga melakukan senaman. Saya buatkan jadual untuk ibu. Ibu seorang pesakit yang mendengar kata. Dia mengikut lengkap jadual vitamin dan pemakanan yang saya buat untuknya. KINI pada 276/72016 bacaan gula ibu 3.9. Kena percaya sebab ini adalah rekod doktor. Syukur Ya Allah.


Selain kesannya terhadap keluarga saya, Shaklee Effect juga turut dirasai oleh customer-customer Spa saya. Saya menggunakan 100% produk Shaklee untuk Spa saya. Kebiasaannya, customer yang buat spa akan berpuas hati dan akan repeat booking slot spa. Setakat saya membuat Spa ini, belum ada yang membuat aduan mengenai kerosakan muka mereka. 98% semunaya berpuas hati dan muka mereka menjadi lembut dan licin. 








Bukan sahaja Customer Spa malah customer yang mengamalkan vitamin juga memberi komen yang sangat-sangat positif.









Mencegah lebih baik daripada merawat. dengan keadaan dunia yang kian tercemar, badan kita perlukan vitamin dan mineral untuk sokong sistem pertahanan tubuh badan kita. Tukar Brand anda dan segala-galanya akan mengubah kehidupan anda. Shaklee sememangnya memberikan #LiveAmzing dalam hidup saya. Bertukarlah kepada Produk yang lebih berkualiti dan terjamin keselamatannya. Saya pilih Shaklee, Bagaimana dengan anda ? 


SALAM SAYANG, 
















NUR AZURA  BT MOHAMAD YUSOP

011.1075.3394

SID 1211475




No comments:

Post a Comment


Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved| Design by Pawona Kreatif