Wednesday, 10 February 2016

CIRI PRODUK SPA YANG BERKUALITI DAN SELAMAT

Ramai customer spa yang tanya saya " kenapa menggunakan produk shaklee?" Jawapannya kerana saya yakin dengan keberkesannya. Ramai juga yang tidak tahu Shaklee mempunyai set Penjagaan Wajah yang sangat unik. Sebelum saya beri pelanggan perkhidmatan Spa dengan menggunakan sepenuhnya produk Shaklee, saya terlebih dahulu mencubanya. 

Bagi mereka yang mengenali saya sebelum ini, kulit muka saya memang banyak jerawat dan hitam sikit. Setelah konsisten menggunakannya, alhamdulillah sekarang hanya tinggal parut-parut yang hampir pudar. Keberkesanan menggunnakan produk penjagaan wajah Shaklee ini bukan secara drastik kerana ia memperbaiki sel kulit secara semulajadi. Proses pemulihan secara perlahan tetapi kesan paling efektif dan berpanjangan berbanding produk yang mempunyai bahan kimia. 

Saya lebih mementingkan kualiti kerana bukan mudah untuk bertahan dan mencipta nama dalam bidang kecantikan. Pelanggan spa yang berpuas hati akan ulang semula rawatan dan akan beritahu kepada rakan-rakan tentang perkhidmatan yang ditawarkan. Antara sebab utama projek #TheWalkingBeauty ini menggunakan produk Shaklee ialah kerana MENGGUNAKAN 100% HERBA.



Produk penjagaan wajah Shaklee menggunakan 100% herba dengan gabungan 15 jenis tumbuhan. Oleh sebab itu,  semua produk tidak berbau dan warnanya asli kerana tiada bahan kimia  tambahan. Kandungannya yang semulajadi dan bebas daripada bahan kimia menjdikan produk penjagaan wajah ini sangat unik.  Berikut ialah herba yang terkandung dalam Set Nutriwhite:


SET PRODUK PENJAGAAN WAJAH SHAKLEE


15 JENIS TUMBUHAN YANG DIGUNAKAN DALAM SET PENJAGAAN WAJAH SHAKLEE

ALOE VERA


BEACH TREE


BEARBERY


CATS CLAW


GREEN ALGAE


KUDZU LEAF


LINDEN

MARSHMALLOW


MOUNTAIN ARNICA


MULBERY


PEONY


ROSEMARY


SEAWEED


SKULLCAP


SOYBEAN


STRAWBERY BEGONIA


1. NUTRIWHITE ACTION MAKE-UP REMOVER

Bahan yang terkandung didalamnya adalah Beach Tree untuk menghilangkan sel-sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan. Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit. Selepas menggunakan NW Make-up Remover kulit akan menjadi licin, lembut, tidak berminyak dan berseri. 

2. NUTRIWHITE GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER

Bahan yang terkandung didalamnya adalah Seaweed  untuk menghilangkan kekotoran secara lembut, membuang sel mati dan menegangkan. selain itu, Green Algae juga membantu menyahtoksin dan melembapkan wajah dan fungsi Strawbery Begonia ialah untuk mencerah dan menyeimbangkan pigmentasi. NW Gentle Deep Foaming Cleanser membersih dan menyegarkan secara alami.

3. NUTRIWHITE SOOTHING RADIANCE WHITENING SOFTNER

Bahan yang terkandung didalamnya adalah Rosemary yang memberikan kesegaran kepada kulit dan menegangkan. ditambah pula dengan keunikan Kudzu Leaf  yang bersifat nuetral mencerah dari dalam dan gabungan unik Marshmallow  yang sangat berkesan melembapkan wajah. NW Sooting Radiance adalah sentuhan yang sangat lembut dan mengembalikan kulit wajah pada PH yang seimbang. 

4. NUTRIWHITE  DAILY DEFENSE WHITENING ESSENCE

Essence ini mengandungi Bearbery  yang berfungsi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit. Strawberry Begonia  pula dapat mengimbangkan pigmentasi pada kulit wajah. selain itu  Soy Bean dapat melembut dan mengurangkan tompok-tompok hitam pada wajah. Tambahan pula gabungan Mulberi dan Vitamin C dapat mencegah kulit  daripada kerosakan sinaran cahaya matahari dan dapat mengembalikan seri wajah. NW Essence sangat mudah diserap oleh kulit. Saya nak kongsikan sedikit keunikan Mulberi  ini, selain buahnya yang kaya dengan vitamin c, daun Mulberi  juga dimakan oleh ulat sutera. Ulat sutera yang memakan daun Mulberi ini akan menghasilkan sutera yang cantik dan mahal harganya. 

5. NUTRIWHITE SPOT WHITENING TREATMENT

Peony yang terkandung didalamnya amat bernilai kerana mempunyai kuasa pencerahan dan melindungi kulit daripada keradangan. Digabungjalin bersama Cats Claw untuk menegangkan kulit dan kandungan Vitamin C membawa kecerahan yang baru untuk kulit yang lebih halus. NW Spot Whitening dapat memperbaiki kesan matahari serta jeragat pada kulit secara semulajadi dan sangat berkesan.

6. NUTRIWHITE DAY TIME WHITENING LOTION

Kaya dengan pati botani Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari. selain itu campuran bunga Mountain Arnica dapat membina sel-sel kulit akibat keradangan dan melindungi kulit daripada kesan pancaran UV serta dapat membina daya ketahanan terhadap kerosakan persekitaran.

7. NUTRIWHITE OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM

Kesan yang sangat optimum untuk memperbaiki dan mengembalikan  keremajaan kulit. Gabungan hebat Linden, Scullcap, dan Vitamin C dapat menyihatkan kulit  dan melembapkan kulit secara mendalam. rasailah keunikan NW overnight kerana memperbaiki struktur kulit akibat  kesan terdedah pencemaran persekitaran. 

TESTIMONI NUTRIWHITE SHAKLEE



Hubungi saya untuk konsultasi secara percuma

Azura Yusop  @ 011-1075-3394

SID 1211475

No comments:

Post a Comment


Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat semua pengunjung blog saya. Nama saya nur azura bt mohamad yusop. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel.
Saya juga merupakan seorang Jurulatih SPA dan dan Pengedar Sah Shaklee. Kepakaran saya dalam bidang kecantikan. Fokus utama saya ialah membantu wanita yang mempunyai masalah dalaman dan kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan sihat




♥ Copyright © Azura Yusop | All Rights Reserved| Design by Pawona Kreatif